Pages

Tuesday, February 22, 2022

Kisah Si Patrick

Hari Selasa di sekolah Wafi ada sambutan Hari Kanak-Kanak 2021. Aktiviti yand dijalankan adalah Pertandingan Pakaian tema frontliner.
Ada juga  Pertandingan Mencipta Karya menggunakan bahan plastisin.
Cikgu galakkan murid-murid praktis dahulu di rumah.

Bagi murid Tahun 5 temanya adalah Watak Kartun

Since ibu beli dahulu plastisin jadi Wafi kena cari kartun yang memenuhi kaler yang sesuai. Alahai.. dahlah tak banyak warna yang ada.. ambik je lah!

Perbincangan antara Wafi dan Bami sepakat untuk buat karaktor Patrick dalam kartun Spongebob Square Pant. Abang kena tunggu dan bagi idea (arahan ayah😎😎).

Ini halfway buat.
Ok.. muka dah ada.
Tinggal tangan, kaki dan seluar.
Lewat jugalah Wafi tidur.

Esok paginya Wafi kata mengantuk sangat tak boleh bangun.
Tak mahu pergi sekolah.

Hurmmm...

Petang ibu balik kerja Wafi tanya ada beritahu tak kat cikgu yang dia tak ke sekolah.

Ibu kata takde... sebab takde alasan nak beri.
Takkan nak bagitau tidak hadir disebabkan mengantuk!

 

2 comments: