Pages

Sunday, May 29, 2022

Weekend terakhir Syawal

Ikut perancangan awal Sabtu tu ayah ada panggil 3-4 family unimate yang duduk berdekatan tetapi terpaksa ditunda sebab masing-masing ada komitmen lain. Jadi pagi dapatlah ibu keluar jogging awal. Ingat nak breakfast dengan nenek tapi nenek nak ke marhaban. Wafi pulak ada aktiviti di sekolah. Dah macam tu buat je lah kerja rumah dan breakfast simple.

Masa jemput Wafi di pintu pagar sekolah, kelihatan sebak. Lepas tu menangis.. dah kenapa pulak.. rasa ibu dah jemput awal. Bila masuk kereta tanya... dia lagi nangis. Lepas tu ibu tanya... masa kursus tadi ada cerita pasal ibu ayah ke.. YA katanya.. hurmmm... biasalah.. kursus kepimpinan. Mesti ada kisah yang akan menyentuh perasaan.

Ibu bawa Wafi ke jamuan raya ayah Cik Awie. Ayah pula akan ke Cheras join jamuan raya Alumni UUM. Ibu tak dapat nak join.

Wafi makan sedap.. ada lemak cili api nenas dan ikan masin tapi ambil kuah je. Daging kicap sedap katanya.

Selfie berdua je lah.

Cik Biela layan Wafi.

Proper sket gambar.

Malas nak balik... kita singgah kedai emas di pekan. Potong gelang sket. Kena tunggu jam 5 plak tu. Terus ke rumah Cik Wada dulu lah. Malas nak ulang alik. Cik Wada kan buat open house tapi start jam 3 pm hingga malam.

Khusyuknya Ali.
Ehhh... dinosour pun tumpang sekali!

Sedap soto ayam ni.
2 kali ibu makan.

Dah petang baru yang lain sampai.

Masa ni ibu dah nak balik. Dok bersin dan hidung berair yang tak boleh ditahan-tahan.
2 hari collapse penangan selsema.

Ahad tu memang tak bangun. Makan ubat selsema, diffuse, oiling.. fuhhhh.. tertidur sampai mata tak boleh buka.

Kesian Wafi buat revision sorang-sorang.
Sorry tau.... ibu di awang-awangan!




 

Jamuan Raya Finance Department

Tahun ini dapatlah kami buat potluck untuk jamuan raya department. Disebabkan jumlah staff yang tinggal pun tak ramai, kurang meriah makanan kali ni.. hahahh tamak😁

Kami arrange pada Jumaat 27/5/22 sebab tarikh tu sahaja yang available. Sebelum tu dua Jumaat lain sibuk dengan closing dan reporting.

Lepastu kan... terlupa pula nak ambil gambar beramai-ramai.
Ye lah.. dah 2 tahun norma baru, sebati... makan pun di meja dan bilik masing-masing. Social distancing lagi.

Jadi ambil gambar makanan sahaja.




Ibu bawa set ni, nasi minyak, ayam masak merah, acar dan papadom.
Sebab paling veteran kan... masaklah berat sikit.
Mereka yang muda-muda masak simple sikit atau order sahaja.

Kawan-kawan non-muslim macam biasa lah kalau ada jamuan mereka sendiri volunteer bawa air minuman dan buah-buahan.
Buah potong di ofis.

Alhamdulillah... tahun ni dapat meraikan Syawal di ofis seperti dulu-dulu.

Makanan yang lebih dapatlah dibungkus untuk dibawa balik. Malam tak perlu masak. Semua boleh relax menikmati malam minggu.
 

Saturday, May 28, 2022

Jamuan Hari Raya Oilylicious

Balik dari jamuan ASAS singgah solat Zuhur di surau tol Setia Alam. Jadi tak adalah tergesa-gesa dalam majlis Oilylicious tu nanti.

Wafi berminat betul dengan pati minyak kat situ. Ambil Rose nak rasa.

Jumpa Emil yang cantik ni. Husband beliau pun ASAS juga. Junior ayah.


Crowd pun dah tak ramai masa kami sampai. Tak lama stay sebab Wafi dah penat. Ticer Watie pun dok sibuk melayan tetamu. Dapat jumpa sekejap masa nak balik tu.

Tq ticer atas undangan.
Jumpa lagi nanti.

Untuk si dia yang monyok je.
Masuk kereta baru ok sikit.

Balik singgah beli air nenas. Ayah sanggup u-turn untuk beli sebab Firas dan racun ayah dengan gambar air nenas dia.
Pure.
Sedap.

 

Thursday, May 26, 2022

Rumah Terbuka ASAS

Hari Ahad 22.5.22 memenuhi jemputan Majlis Hari Raya Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) pula. Rasa macam weekend belum duduk rumah lagi. Ada sahaja jemputan makan. Itu pun beberapa sahaja dapat pergi disebabkan kekangan masa dan jarak.

Di hadapan Dewan Komuniti Damansara tempat majlis diadakan.
Wafi kata macam baju pengawas sekolah... hahahhaa... nasib ler.

Seperti biasa bila majlis alumni, tinggallah kami berdua.
Ayah jumpa geng.

Sesekali je jenguk kami.. check makan ke tidak😂

2 aiskrim Wafi makan.. sedap katanya.

Wafi kan dah big girl, jadi dia rajin meronda tengok makanan yang dia nak. Dapat yang ni.. setel. 

Sempatlah pulak menyanyi atas tu.

Geng nyanyi😁

Kawi kata betulkah pasangan ni!
Tak sedondon😀😀
Takde kisah.. maklum ler.. geng lelaki baju raya beli sehelai, geng pompuan baju kurung 2-3 pasang. Takkan nak pakai baju sama sebab nak matching😜. Baju biru ayah plak tak jumpa.. tah mana letak.

Kawan-kawan rapat ayah tak ramai pun yang bawa pasangan dan anak-anak. Ramai solo je.. tapi biasalah ayah tu... nak juga bawa kami.  

Jamuan Hari Raya 2022 Keluarga Besar Judi & Ngadiah - Part 2

Sambung lagi gambar-gambar raya .

Indah Cempaka yang cheeky.
Nak tunjuk lesung pipit ler tu😀

Cik Elis dan Cik Wada.

Cik Zie & Cik Elis




Seronok ke tu! 
Bubur Cik Nora tersedaplah.



Sepupu-sepupu ibu.

Besar lah hai sepupu2 ni.. Dalam family ibu yang ketiga tua selepas Ummi dan Cik Lik.
Lepastu Cik Isam dan seterusnya lah.
Menyaksikan mereka dari kecil sehingga berkahwin.. ada yang bujang lagi.

Atas : Cik Jannah, Cik Yaya, Cik Dena, Cik Wani, Cik Jannah, Ibu, CIk Yaya, Cik Anem, Cik Yan, Cik Zulaiha dan Cik Biela
Tengah : Cik Wada, Cik Iju, Cik Lik, CIk Ani, Cik Elis, Cik Yan dan Cik Nora
Bawah : Cik Apil, Cik Isam dan Cik Anuar


Atas : Nenek Ina, Nenek Yati dan Nenek Nor
Bawah : Nenek Sidah, Atuk Nasir, Atuk Nading, Atuk Jep, Atuk Pingi dan Nenek.

Tiada dalam gambar Atuk Man. 
Adik beradik arwah atuk ada 9.
4 orang elah meninggal. 
Arwah Atuk, arwah Nenek Nok, arwah atuk Amat dan arwah atuk Goden.

Sepupu ibu lagi.




Blast lagi gambar family.
Nak buang sayang.. nak pilih semua ada karekter tersendiri😁
Bukan senang nak jerit panggil satu-satu hahaha

Gelap tapi nak tunjuk rumah arwah atuk ibu yang diduduki oleh anak bongsu, atuk Jep.


Tetamu just nice.. takde crowded sangat seperti tahun-tahun sebelum ni.
Ni dah tinggal immediate family je. Boleh lah susun untuk group photo.

Gossip2 ke tu😂😂



BFF, Ariana & Harith.


Ada lagi gambar diorang di sini.
Blast je lah.
Dalam keluarga besar mereka ni dah pangkat cicit.


Ada lagi..
Rasa seronok sangat kali ni bila berpeluang jumpa cousin ibu.



Semoga ukhuwah berterusan.
Keluarga semua dikurniakan kesihatan yang baik.