Pages

Thursday, May 26, 2022

Rumah Terbuka ASAS

Hari Ahad 22.5.22 memenuhi jemputan Majlis Hari Raya Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) pula. Rasa macam weekend belum duduk rumah lagi. Ada sahaja jemputan makan. Itu pun beberapa sahaja dapat pergi disebabkan kekangan masa dan jarak.

Di hadapan Dewan Komuniti Damansara tempat majlis diadakan.
Wafi kata macam baju pengawas sekolah... hahahhaa... nasib ler.

Seperti biasa bila majlis alumni, tinggallah kami berdua.
Ayah jumpa geng.

Sesekali je jenguk kami.. check makan ke tidak😂

2 aiskrim Wafi makan.. sedap katanya.

Wafi kan dah big girl, jadi dia rajin meronda tengok makanan yang dia nak. Dapat yang ni.. setel. 

Sempatlah pulak menyanyi atas tu.

Geng nyanyi😁

Kawi kata betulkah pasangan ni!
Tak sedondon😀😀
Takde kisah.. maklum ler.. geng lelaki baju raya beli sehelai, geng pompuan baju kurung 2-3 pasang. Takkan nak pakai baju sama sebab nak matching😜. Baju biru ayah plak tak jumpa.. tah mana letak.

Kawan-kawan rapat ayah tak ramai pun yang bawa pasangan dan anak-anak. Ramai solo je.. tapi biasalah ayah tu... nak juga bawa kami.  

1 comment: