Tahun ini dapatlah kami buat potluck untuk jamuan raya department. Disebabkan jumlah staff yang tinggal pun tak ramai, kurang meriah makanan kali ni.. hahahh tamak😁
Kami arrange pada Jumaat 27/5/22 sebab tarikh tu sahaja yang available. Sebelum tu dua Jumaat lain sibuk dengan closing dan reporting.
Ye lah.. dah 2 tahun norma baru, sebati... makan pun di meja dan bilik masing-masing. Social distancing lagi.
Jadi ambil gambar makanan sahaja.
Sebab paling veteran kan... masaklah berat sikit.
Mereka yang muda-muda masak simple sikit atau order sahaja.
Kawan-kawan non-muslim macam biasa lah kalau ada jamuan mereka sendiri volunteer bawa air minuman dan buah-buahan.
Buah potong di ofis.
Makanan yang lebih dapatlah dibungkus untuk dibawa balik. Malam tak perlu masak. Semua boleh relax menikmati malam minggu.
Meriah menunya
ReplyDeleteSelamat menjamu selera