Sabtu yang ditunggu-tunggu.. ye lah.. after so many years yang Sabtu bekerja walau separuh hari atau alternate. Pasti akan rasa teruja untuk dinikmati bersama keluarga.
Walaupun belum jam 8.30 pagi tapi matahari dah naik dan cepat panas. Tak jadi nak naik jungle trail.
Mungkin memikirkan tentang registration ke poli weekend ni.
Habis riadah breakfast dulu di Restoren Ghulam Rasul.
Ayam goreng GR.
No teh tarik🤧🤧
Macam dah jadi kemestian pulak bila makan pagi di sini order puri.
Yang pasti kuah dhal tu sedap
Setel makan masuk Econsave cari barang keperluan kolej pula.
Selagi tak pergi ada sahaja yang nak dibeli.
Hurmmm...
Kawi kata nak seluar untuk ke kuliah. Masuklah Butik Aaira.
End up keluar dengan blouse Wafi dan ibu juga😀😀.
Balik rehat-rehat.. jam 3 pm hantar Wafi beraya di rumah kawan.
Sempatlah ibu dan ayah memenuhi jemputan raya sahabat UUM kami di Alam Budiman.
Lupa pula nak ambil gambar bersama tuan rumah. Screenshot dari FB story Eyna.Terima kasih Hezli dan Eyna atas jemputan dan makanan yang sedap-sedap😀
Lepastu penuhi undangan Atuk Leh pula sebelum ayah pickup Wafi.
Hari ni memang gantung kuali.
Malam ada makan-makan di rumah nenek pula.
No comments:
Post a Comment