Setelah dua tahun tidak mengunjungi jiran-jiran, Alhamdulillah minggu dapat ziarah raya beberapa jiran. Buat baraan. (BARAAN ialah istilah Jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada hari raya). Lebih kurang 5-6 keluarga. Sekarang makin mengecil bila anak-anak semakin membesar. Ada yang menyambung belajar dan bekerja jadi tidak dapat turut serta.
Disebabkan komitmen kerja, ziarah dimulakan jam 9.15 pm. Satu hari hanya 3 rumah sahaja jadi boleh habis jam 11 pm.
Hari Isnin ayah sahaja join sebab ibu masih penat perjalanan hantar Kak Widad. Wafi pula ada kerja sekolah yang belum selesai ggrrrrr
Hari kedua beraya Rabu malam. Dapatlah ke rumah Cik Ros dan Pakcik Jelan.
Dijamu mi goreng dan keledek goreng. Wafi menambah-nambah makan keledek goreng tu sebab manis dan sedap.
Hari ketiga Khamis malam tadi.
Mula-mula ke rumah Cik Ana dan Cik Muzafir.
Walau buka puasa dah makan nasi gepuk tapi bila dihidang bihun sup memang tak tolak makanš
Anak-anak Cik Yah dah mengantuk sangat tu. Sempat lagi landing.
Di sini kami dijamu soto pula. Masyaallah, sedap. Makan sana sini sikit Alhamdulillah perut masih boleh terima.
Geng bapa-bapa layan Sea Game Malaysia vs Vietnam yang tewas 0-1. Kemain semangat mereka sorak.
Geng bapa-bapa layan Sea Game Malaysia vs Vietnam yang tewas 0-1. Kemain semangat mereka sorak.
Seperti biasa macam-macam cikgu sediakan. Ada mushroom soup dan garlic bread, bihun goreng dan jambu asam boi.
Alhamdulillah untuk hari yang indah bertemu jiran-jiran yang sangat baik dan prihatin.
No comments:
Post a Comment