Beberapa hari lepas Kakak Widad mengadu yang telefon asyik lag je. Kakak cadang nak beli telefon baru sebab yang kakak pakai pun dari lepas Form 5. Kakak memang tidak meminta-minta. Masa sekolah pun takde nak mintak hp. Share je lah dengan ibu. Kakak dulu memang dah aim IP tapi ibu belikan je lah hp biasa (takde nya ibu nak belikan yang mahal2). Kakak ok je terima pakai.
Kali ni kakak nak beli Iphone.. yang murah pun tak apa sebab kak Widad nak beli guna duit yang dikumpul. hurmmm... kakak tak macam abang Imi sangat.. kalau abang Imi nakkan sesuatu barang memang dia persistent dan consistent kumpul duit. Kakak ni relax-relax je kumpul sebab dia pun suka shopping online... tudung, barang make-up, suppliment dan entah apa lagi. Tu yang duit allowance ibu ayah bagi tiap-tiap bulan tak menimbun-nimbun hahaha
3 beradik sedang berbincang mencari kata sepakat.
Budget yang kakak ada bolehlah beli IP x. Abang Imi cakap bateri kecik. Belilah yang performace lebih baik. Pergi kedai pertama di Seksyen 7 tapi stock yang dia nak tak ada lah pula. Kawi riki-riki kedai lain. Kedai Earn-tah di kawasan yang sama.
Since duit kakak tak cukup untuk beli, ayah dan ibu top-up.
Hadiah untuk kakak sempena dean list setiap semester.
Ibu tengok dari jauh je sambil layan drama Korea, Business Proposal😁😁
Ayah lagi la... pergi minum2 hahah
Serahkan kat anak-anak untuk memilih.
Nanti masing-masing dah kerja kalau nak beli IP yang lebih mahal dan canggih boleh lah beli sendiri. Masa study ni ibu ayah tak akan beli kan dengan sewenang-wenangnya. Masing-masing kena berusaha sendiri.
Ok.. dah setel barang Kawi, ibu pulak nak shopping hahahah
Ayah dan Bami awal-awal lagi nak tengok Dr Stanger. Tak adanya nak tunggu ibu beli barang.
Reward diri sendiri di Habib.
Rantai dan loket😁😁
Dah pandai beratur dan beli sendiri.
Big girl lah awak ni!
No comments:
Post a Comment