Beberapa hari dengar gak pasal hari raya jatuh pada Isnin di negara-negara jiran. Walhal dalam kepala dah set Selasa sebab sudah dicetak di kalendar. Masa berbuka pun ada diskas pasal hal ni. Lepas solat Maghrib masing-masing tunggu pengumuman di TV3.
Masing-masing masih tak caya.. ingat scam sebab tak keluar kat TV3. Diorang cakap kat TV1 dan Awani. Sudahh... terus tukar ke TV1 tapi dah terlambat. Ingatkan tv nenek delay sebab tv tu canggih sangat. Tapi bila ibu banding dengan jam dan hp.. real time. Tak lama lepastu TV3 plak announce. Kami terlepas lagi sebab tak tahu nak tukar channel.
Dah kalut masing2 sebab tak prepare lagi untuk masak. Kan dah plan esok baru masak. Nenek dan petik daun cuma belum melontong.
Masing-masing cari tugasan.
Cik Ana kupas2 bawang, Cik Cha buat kerja2 blend. Cik Ami siang cendawan. Cik Fatin keluarkan bekas kuih dan gelas2. Cucus semua tolong lap daun.
Ibu bersihkaj lengkuas dan potong nipis. Nenek nak buat sambal tahun.Kat rumah nenek kena siapkan lontong, sambal kacang dan sambal tahun.
Ibu masak ayam merah dan ketupat palas kay rumah. Bawang semua ambil di rumah nenek. Mujur sebelum pergi buka tadi dah masukkan cili kering dalam Noxxa.
Siap sambal dan ketupat palas jam 1.40 am. Alamdulillah dah boleh luruskan kaki.
Walau mulanya agak kelam kabut tapi bila masing-masing tahu apa perlu dibuat tugas menjadi mudah.
Ikut plan raya pertama rumah nenek nak buat sup gearbox makan dengan bihun. Tapi bila dah macam ni tertangguh dulu. Chill je semua.
Raya kan sebulan!
Salam 1 Syawal.
No comments:
Post a Comment