Setelah sekian lama belajar secara online akhirnya Kakak Widad kembali belajar bersemuka. Hari ni pendaftaran masuk. Smooth je lah sebab hanya daftar untuk ambil kunci bilik. Bilik dan roomate pun dah fixed. Sebelum tu di bilik hotel, Kawi dan ibu sebagai pengiring kena buat saliva test dan isi borang juga.
Tolong kakak kemas barang dia sikit.
Masa pendaftaran semester satu ibu tak berpeluang masuk bilik sebab masa tu kan SOP sangat ketat.
Cerita di sini.
Seronoklah Wafi dapat masuk tolong kakak kemas.
Pagi kakak taknak breakfast. Nak KFC je. Mujur KFC sebelah hotel. Buka restoren je ibu terus masuk beli ππ
Masa sampai tu hujan mula turun. Tak lebat tapi angin kuat lah sangat.
Seronoklah Wafi dapat masuk tolong kakak kemas.
Pagi kakak taknak breakfast. Nak KFC je. Mujur KFC sebelah hotel. Buka restoren je ibu terus masuk beli ππ
Masa sampai tu hujan mula turun. Tak lebat tapi angin kuat lah sangat.
Tudung terbang2 lah.. no halπ
Jumpa lagi Kawi.. dengarnya lagi 2 bulan kembali belajar secara online semula.
Harap Kawi ambil peluang merasai campus life semula walau hanya beberapa bulan sahaja. Tentu seronok join aktiviti luar macam sebelum ni.
Acik Zura ajak datang rumah tapi disebabkan mereka masih ada urusan di luar kami tak dapatlah tunggu. Dekat tapi jauh hhehe... Gerak terus ke Klang. Hampir sepanjang jalan tu hujan lebat.
Lepas late lunch di Puncak Alam, sampai rumah dah jam 5.30 pm
Alhamdulillah perjalanan yang sangat smooth hari ini.
No comments:
Post a Comment