Hari ketiga Syawal kita ke rumah Tok Ngah di Changlun. Tok Ngah perempuan merupakan adik maktok.
Walaupun terletak di Kedah tapi perjalanan mengambil masa 2 jam jika hari biasa. Musim perayaan bertambahlah masa.
Kali terakhir kami jumpa tokngah masa hantar di stesen keretapi beberapa hari selepas majlis pengebumian maktok pada Disember 2019.
Masa lalu kat Jitra nampak Cenol Abang Jo buka dan tak ramai orang. Jadi kami berhenti sebentar melepas lelah pekena cendol dulu.
Sampai pun dah mask waktu Zuhur.
Kakak Widad dan Wafi asyik memuji kesedapan kuah kacang tokngah.
Makan dengan nasi impit.
Ada juga ketupat palas beserta rendang daging dan kuetieow goreng.
Menambah-bambah mereka makan.
Rajin tok ngah melayan cucu sedara.
Next kita lawat UUM.
No comments:
Post a Comment