Tengahari semalam Wafi mesej beritahu sakit kepala dan mual. Ibu minta rehat sahaja. Tak perlu ke sekolah agama. Petang sikit Kakak Widad hantar gambar tunjuk Wafi tertidur depan tv tanpa membuka baju sekolah dan stokin. Hurmmm... letih sangat tengoknya. Cuaca pun panas kat luar sana.
Wafi kata sakit masa doktor masukkan cecair vaksin tu. Tengok riak muka pun tahu agak kesakitan cuma takde lah sampai menangis.
Doktor kali ini kurang mesra berbanding masa ambil vaksin pertama.
Lega dah Wafi.
Pagi ni ibu minta Wafi rehat sehari lagi untuk sekolah kebangsaan. Sekolah agama nanti tengok macamana. Wafi agak risau juga sebab 30hb ada exam. Jadi dia kata nak buat revision kat rumah. Ok je Wafi asal awak takde stress sangat.
No comments:
Post a Comment