Hari ni ibu ambil cuti untuk bawa Wafi ke sekolah. Alhamdulillah tahun ini anak-anak dirai dalam suasana lebih meriah.
Tahun 2020 tiada majlis manakala tahun 2021 hanya drive thru 😅
Amani, Nayli, Syai, Dania dan Wafi.
Nadawa BFF sentiasa ada.
Ibu bersama mak Syai, Auntie Yati. Mak Syai dah perasan ibu masa Majlis Bacaan Yaasin sebelum PSRA tapi ibu tak perasan. Tak ingat pulak tu.. tadi bila jumpa semula, ibu amati betul-betul. Ya Allah.. Norhayati Hasan, sama kelas masa di sekolah rendah agama dulu dan rapat. Ibu juga pernah ke rumah Auntie Yati di Jalan Batu 8.
Alhamdulillah dipertemukan semula selepas berpuluh tahun.
Good job Wafi!
Ini Cik Rasul ambil gambar. Masa ni bersedia untuk naik ke pentas memgetuai nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
Mereka perform sebelum majlis penyampaian anugerah.
Senyum-senyum je Wafi atas pentas.
Ada gang barulah nak masuk nasyid ni.
Semoga anak-anak terus seronok ke sekolah, cemerlang dunia dan akhirat.
Mungkin hari terakhir ibu jejak kaki ke SRABKT sebab tiada anak sekolah rendah lagi.
Takkan ibu lupa sekolah ini sebab ibu kan sekolah sini dari 5 @ 6 tahun ala tadika sebelum masuk kelas rasmi darjah 1 sehingga darjah 6.
Bukan selalu ada majlis anugerah jadi simpan sini sebagai ingatan :-
meriahnya....Pia masih menunggu keputusan Upkk...sekolah pagi hari sabtu nanti
ReplyDeleteAlhamdulillah.. bila dah akhir tahun rasa meriah majlis. Ambil gambar pun banyak2.
DeleteSemoga Pia terus cemerlang... sabar ya.. tak lama lagi je tu result UPKK keluar, dup dap dup dap 😊
Meriah sungguh...x lama lagi cuti sekolah dah kan...
ReplyDeleteYa SA. Minggu ni dah last kalau tak silap.
DeleteNaik penggal 20 Mac 2023.