Pages

Tuesday, February 7, 2023

Lawatan SRA ke Haji Dorani, Sungai Besar

Ahad, 5/2/2023

Sepanjang Wafi sekolah rendah ini kali pertama menyertai rombongan sekolah.
Ye lah.. bila naik tahap 2 tiba-tiba Covid melanda tahun 2020, jadi tahun 2023 sahajalah baru sekolah adakan lawatan sambil belajar.

Sekolah kebangsaan hanya buat perkhemahan yang sepatutnya diadakan di Ulu Yam tapi bila musim hujan ia ditangguhkan. Kemudian kejadian tanah runtuh pula di Batang Kali pula dan aktiviti perkhemahan perlu dihentikan buat sementara waktu.
Jadi pihak sekolah jalankan aktiviti perkhemahan di sekolah sahaja.

Manakala sekolah agama buat lawatan sambil belajar di Haji Dorani Sungai Besar.
Itupun beberapa kali tukar tarikh.

Lawatan ini untuk murid tahun 4,5 dan 6.
4 buah bas disediakan.
Kalau tak silap bayaran dikenakan RM110 seorang yang meliputi pengangkutan dan makanan pagi, tengahari dan petang.

*Tentatif lawatan hj dorani*
7.00 - Berkumpul disekolah
7.30 - memulakan perjalanan
10.00- lawatan 1 Nata de Coco
11.00- lawatan 2 Kilang kerepek
12.00- Aktiviti 3 mencanting batik  dan menumbuk padi
1.00- mkn tghri dan solat 
2.30- Aktiviti 4 Bermain layang2
3.30- menggagau ikan dan mandi polong
5.30-minum petang
6.30- memulakan perjalanan pulang
8.30- dijangka tiba disekolah.

*p/s*
-siap berpakaian sukan
berkasut dan bawa selipar 
-bawa 2 pasang extra pakaian sukan untuk aktiviti basahan serta bertudung hitam bagi perempuan.
-bawa duit secukupnya bagi sesi shoping.
-2plastik untuk pakaian kotor
-kelengkapan mandian jika perlu
-pakaian solat.
-segala barang berharga adalah tanggungjawab masing2.

Tak banyak gambar yang ada sebab semua sibuk dengan aktiviti.
Ada beberapa yang ustazah share.

Berkumpul depan sekolah dulu.

Kilang Nata de Coco.

Ibu bawakan Wafi RM40 sahaja dan pesan beli apa yang nak makan je.

Ini beli di Laman Choco.

Demonstrasi di kilang Nata de Coco.
Nata de Coco tu tak perlulah beli sebab tak ada orang nak makan.

Aktiviti mencanting batik.

Adalah aktiviti berkubang cari ikan lepastu mandi dalam palong air sebelum mandi di homestay.


Alhamdulillah Wafi dapat pengalaman baru bila dapat pergi lawatan sambil belajar.
Sampai rumah hampir jam 10.30 malam sebab kesesakan lalu lintas di Kuala Selangor berdekatan kuih Hindu kerana Thaipusam.


 

6 comments:

  1. akan jadi kenangan dan pengalaman yg indah...Pia pun asyik duk tanya bila boleh naik bas pergi lawatan,sekolah dia cuma buat untuk murid darjah 6

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah tahun depan ehh.. tahun ni lah T6 dah boleh pergi school trip. Last Wafi pergi pun masa sekolah tadika.

      Delete
  2. Seronok bila pergi rombongan ni...SA dulu x merasa de...memang mak abah x bagi la pi rombongan...zaman tu bukan zaman senang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman akak pun pergi rombongan lepas SRP masa tu pergi Cameron Highland. Masa tu best lah sangat sebab sejuk dan orang pun takde lah ramai mana.

      Delete
  3. anak ammi punya kem motivasi pun ammi terpaksa tolak haritu sbb tarikh bertukar ke saat akhir...tukar 3 hari sebelum peperiksaan PSRA...ammi risau anak tu balik kem demam ke apa je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uihhhh... kalau 3 hari lagi lah tak boleh.. seminggu sebelum tu pun memang kena duduk rumah je relax2 buat ulangkaji heheh..

      Delete