Pages

Monday, February 6, 2023

Masak Laksa Penang Chinese Style di Ofis

Hari ni barulah ada mood nak update blog setelah seminggu tidak berapa sihat.
Demam sehari je last week tapi selsema dan batuk hampir seminggu. Ini pun batuk masih bersisa.

Last week bos ibu kata nak masakkan Laksa Penang di ofis pada hari Jumaat. Jadi beliau belilah bahan yang diperlukan dan bawa induction cook. Periuk minta kami bawa dari rumah. 

Hari sebelum tu minta kami masak.. aihh.. pagi Jumaat tu gotong royong lah masak kuah. Laksa the day before dah rendam, jadi pagi tu tinggal celur.

Orang kuat masak laksa lagi-pagi. Ni gang jam 7 pagi dah sampai ofis.

Malay style, masuk semua bahan dalam periuk. Rupanya kalau chinese style bunga kantan tu ulam. Dah siap masak baru bos bagitau 😑

Bahan-bahan Laksa Penang 
1. 3 tin sardin
2. 3 batang serai
3. Daun kesum
4. Paste tomyam (ini ibu tak berapa pasti berapa banyak guna)
5. 2 peket laksa kering

Tak pastilah kawan ibu ada tambah garam ke tak sebab bos ibu tak beli pun garam.
Ibu tak join masak dan dah pesan kat mereka yang ibu tak berapa sihat.

Bahan sampingan yang dibeli untuk makan bersama kuah laksa
1. Apple Mint (daun pudina) 
2. Salad. 
3. Bunga kantan (tapi dah masuk dalam kuah laksa 😁)
4. Timun
5. Petis (tapi ibu tak pandai makan jadi masa makan tak bubuh)

Telur ni pun style Malay dan kami tambah limau kasturi.

Gegar sikit, ni gang buat koktel.
Sebelum mula kerja dah siapkan dulu masuk peti ais.

Sebenarnya agenda Jumaat tu nak makan laksa je tapi kami ni biasalah.. takkan nak makan laksa waktu lunch je jadi alang-alang bawaklah something jadi boleh makan untuk breakfast.

Nugget goreng dan bihun Singapore ni staff lelaki bawa yang mereka masak sendiri.
Bihun Singapore tu memang signature dish dia lah. Ditambah pula sambal kicap yang power.
Keropok tu member yang long MC due to cancer akan bagi setiap kali balik Terengganu. Nanti adalah member yang tolong gorengkan untuk makan bersama-sama.

Miss u Kim Ying.

Talam berlauk ni memang tak kedekut topping.
Sedap sangat.

Nona manis.

Ada brownies Mamasab, tauhu begedil, popiah sira.
Ibu tapau je ketayap, karipap sardin dan popiah sira.. beli sikit-sikit je

Makan time.
Aduihhhh... staff lain nampak kecik je kat belakang tu.

Mula-mula ingat nak makan kat pantry je tapi tak boleh muat nak cater semua.
Jadi makan kat meeting room je sebelah pantry ni.

Cuma ibu tak join mereka makan sebab masih batuk, nanti tak selesa pula.
Makan lah berulang kali laksa tu.
Ada balance laksa dan kuih muih bungkus buat berkat.
Plastik packing memang dah ada, senang tapaukan sama rata untuk semua.


 

2 comments:

  1. Seronok berkumpul macam ni...eh...meriah erk siap masak laksa kat opis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos lah yang beria nak masak sebab waktu CNY haritu dia masak kat rumahnya, ramai lah relative dia yang dok puji2 masakannya.

      Delete