Pages

Tuesday, February 7, 2023

Menggamit Kenangan Zaman Kanak-kanak

Masa keluar dari Black Canyon ternampak kiosk yang menjual barangan zaman kanak-kanak ibu.
Rasa teruja.. 
Barangan yang dijual adalah re-make.

Antara yang dijual harmonika, congkak, bubble.
Harmonika ni dulu ibu teringin sangat.. dulu lah.. sekarang tak ada pun nak beli.

Jo Jo ibu tak pernah jumpa.
Ding Dang - dalam tu ada coklat dan mainan.
Tora - iklan dia... "Tora datang lagi".

Teringat suara Mat Sentul yang sangat sinonim dengan  iklan makanan ringan/jajan zaman dulu-dulu.
Set 3 jajan tu berharga RM48.90 tapi ia tak boleh dimakan, ada diletak sticker.
Collection item sahaja.

Makanan ringan.

Ini memang kegemaran.

Masam-masam.

Yang kiri tu rasa buah, kena togok kalau nak makan.

Kalau tak mengenangkan sedang batuk, mau je ibu beli 1-2 jenis.
Lainkali lah bila datang lagi.

Gam, yang tengah tu kena sapu untuk digunakan.
Sharpener bulat pun ada, sekarang masih ada.

Mata pensil.
Kena stack up kalau dah tumpul.

Close up.
Zaman tu kalau pakai ni banyak lah duit dia hahaha..

Mancis cap lada.
Pop pop masa kecik ibu tak jumpa.
Ni zaman anak-anak.

Pemadam, sharpener dan berus.
Aduihhh.. dah padam kena berus plak nak bagi bersih.

Rasa kaya kalau pakai ni.

Childhood kiosk.

Sabun 999 tu masih ada sampai sekarang.
Basuh kesan minyak memang hilang.

Bedak sejuk tu rasa dari zaman nenek ibu dah ada.

Kiosk dari depan.

Gula-gula ni memang legend.
Kulum yang manis dulu baru jumpa yang masam.
Ahhh.. kecur pulak nengok gula-gula asam ni.

Koleksi mainan dulu-dulu.
Ibu rasa atuk tak pernah belikan pun.
Kalau ada yang atuk kutip atau pun ada yang sedekahkan masa atuk kerja Majlis Perbandaran Klang MPK (Bahagian Kesihatan).

Ada juga jual aiskrim.

Ada pulak permainan tikam ni.
Ayah ajak try.

Kena tukar RM2 di kaunter.
Kemudian mereka bagi token dan masukkan dalam lubang token dan pusingkan.
Jarum mesin tu akan bergerak dan kita tekan button merah jadi jarum tu akan berhenti.

Wafilah tukang tikam.


Nampak tu.. dapat grand prize hahahha...
5 scoop aiskrim.
Mujur tak dapat cone je.. tak pun.. tak pasal-pasal dapat 1 rotan dari ibu 😂😂😂

Tu dia... jenuh nak habiskan 5 scoop.
Dahlah baru lepas makan.
Ayah dan Wafi je lah makan berdua.
Ibu tak berapa gemar tambahan masih batuk.

Kiosk ni memang bestlah!

 

7 comments:

  1. Waduh! Dapat lima scoop aiskrim!
    Memang jenuh nak habiskan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jenuh diorang berdua nak habiskan hahah.. dah ler lepas makan!

      Delete
  2. rindunya...zaman kita dulu ni bu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... cuma sekarang bila nampak tak adalah terhegeh2 nak beli.. nanti2 bila teringin baru cari balik.

      Delete
  3. Keropok Tora tu kan..SA pernah larikan diri time rehat curi2 keluar semata- mata nak pi beli kat kedai..pas tu kena tangkap ngan cikgu disiplin...terus cikgu tanya, x boleh ke nak tunggu time balik..SA jawab..x boleh nanti mak tau kena cubit..hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaahahhahaa... ini lawak.. mak juga yang ditakutkannya. Makan kat sekolah mak tak nampak.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete