Lepas brekafast tu kita jalan-jalan ke sekitar swimming pool sambil tengok-tengok kids mandi.
Kelebihan swimming pool di sini kerana air masin.
Kolam air masin agak serupa dengan kolam renang biasa di mana kolam air masin juga menghasilkan klorin. Namun, klorin dihasilkan oleh garam sendiri yang menjadikannya lebih semula jadi. Dengan adanya klorin yang 100% semula jadi, kolam air masin dapat memberi kesan yang lebih lembut pada kulit, mata dan rambut.
Seronoklah Wafi bila masuk swimming pool ada cousins. Kalau sendiri memang tak lama. Kakak memang tak berminat mandi kolam. Temankan sahaja ok. Kalau ada abang bolehlah layan Wafi.
Towel bersih disediakan.
Sebelum naik bilik boleh bersihkan diri di bilik shower yang disediakan.
Kolam di level 9.
Nampaklah kolam dari bilik kami di level 11.
ehhh.. dengarnya bonus dan dividend tahun 2022 rendah juga 🙃🙃
Jam 11 baru semua naik.
Sampai bilik makan lagi nasi goreng dan roti. Bagi semua kenyang dulu.
Jam 12 noon check out.
Alhamdulillah... short vacay walau di tengah bandaraya tapi bila bersama keluarga pasti menyeronokkan.
Terima kasih Encik Zul kerana menaja hotel yang best!
Wah...seronok ye Wafi...SA plak terbalik...kalau dapat peluang mandi kolam..SA pun sama jadi budak2 sebab anak buah ramai kan..kak nanti review bab hotel ye...
ReplyDeleteAkak malas nak basah2.. tengok mood juga nak mandinya... lagipun anak buah ramai nak kena masak siap2, karang diorang naik lapar pulak. Kalau mandi2 dengan diorang kelam kabut nak masak nak kemas lagi.
Deletesama la kak kalau anak mandi kolam mak tukang pegang towel je
ReplyDelete