Pages

Wednesday, February 8, 2023

Nasi Kari Daging Adabi

Nasi Kari Daging ni ibu masak dan bawa ke rumah nenek masa gotong royong hari Ahad haritu.
Sebenarnya nasi ni viral masa PKP tahun 2020 dan asalnya Nasi Kari Kambing Adabi.
Teringin nak buat jadi masa ke Lotus carilah Kari Kambing Adabi tapi tak ada pun atas rak. Terus google Nasi Kari Daging Adabi, bolehlah..


Nasi Kari Daging Adabi

Bahan-bahan
1. 5 pot Beras Basmathi Pusa Gold 1121 (steamed) - di rendam 30 minit dan toskan
2. 2 tin Kari Daging Adabi
3. 2 biji bawang besar (mayang)
4. 3 biji bawang putih (mayang)
5. 1 inci halia (mayang)
6. 4 sekawan
7. Minyak sapi + minyak masak
8. Garam dan secukup rasa
9. 6 1/4 Cecair dari kuah kari + susu cair + air (jadikan kuah kari 2 pot + 2 pot susu cair dan 2 1/4 pot air biasa)
10. 3 helai daun pandan
11. 2 tangkai akar ketumbar
12. Kismis dan daun ketumbar (tak ada pun tak apa)

Sukatan air beras basmathi 1 : 1 1/4

Cara-cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak panas dalam mode Stir Fry Noxxa. Masukkan 4 sekawan, bawang merah, putih, halia dan daun pandan.
2. Bila dah naik bau masukkan kari daging. (Ibu asingkan dulu daging dan kuah untuk dapatkan sukatan yang betul)/
3. Tambahkan cecair dan bila menggelegak masukkan akar ketumbar dan beras.
4. Kacau dan perasakan dengan garam dan serbuk secukup rasa, off stir fry mode.
5. Tukar ke LP 7. Bila dah bunyi beep keluarkan wap dan gemburkan dengan garpu. taburkan kismis dan daun ketumbar dan tutup semula.

Bolehlah dihidang.
Sepatutnya ibu keluarkan periuk dari dapur Noxxa tu sebab kalau letak je ia akan berkerak.

Snap dari pinggan Cik Man.
Sedia untuk dimakan.

Makan macam ni je pun boleh sebab dah cukup rasa kari dan daging pun ada.
Disebabkan nak makan ramai ibu tambahlah lauk lain.

Masakkan ayam masak kicap.
Sepatunya ayam masak merah tapi disebabkan tidak sihat dan tekak masih perit dan taknak makan pedas, masak je kicap.

Ibu hanya guna bawang merah, bawang putih, halia, serai, lada hitam, kicap pekat dan kicap manis. Perasakan dengan garam, gula dan secukup rasa.

Juga acar ringkas hanya campuran zukini, tomato, bawang besar, cili padi, cuka, garam dan gula.

Cik Nora bawa bakso.

Cik Wada masak daging kicap.

Menu untuk kanak-kanaklah hari tu sebab takde yang pedas sangat.
Kalau nak pedas makan bakso tambah cili lebih.

4 comments:

  1. Bestnya kak gather2 pot luck macam ni..nak ajak la adik2 pot luck sebelum posa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang buat potluck boleh dapat pelbagai jenis. Yang kat rumah mak takyah dah sibuk2 memasak, ada gotong royong terus jalan.

      Delete
  2. time viral dulu smp kosong rak dipasaraya..tp time tu ramai yg beli dengan shopee maklum la perintah berkurung...dah jadi kenangan untuk kita semua kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, masa tu rak kosong. sekarang melambak-lambak kat mana-mana kedai.

      Delete