Pages

Monday, June 19, 2023

Beli Jiwa : Pertama Kali Outing

Cerita FD belum habis lagi... kita masukkan kisah semalam.
Walau baru 2 minggu Wafi register, tiap-tiap hari lah akan telefon, rindukan rumah.. nak balik.
Dok mengadu lah macam-macam. Minggu lepas bila diberitahu boleh outing, kami terus decide untuk datang. Tolak tepi masa untuk berehat-rehat di Royale Chulan KL selepas reunion UUM.
Priority to her lah kekdahnya walau agak rushing masa tapi kita yang manage the time kan.
Selepas habis event, solat sekejap di bilik yang sudah ditempah tetapi kita lepaskan dan minta family Cik Elis datang.
Ayah book hotel di Ipoh pula supaya malam tu boleh berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah. Jam 11 sampailah di Hotel Valiya. Check in dulu kemudian turun bawah makan di Restoren Mamak. Cari makan panas-panas.

Hotel Valiya ni dekat dengan exit Ipoh Utara tapi masalahnya aircond di bilik kami tak kuat, berpeluh jugalah ayah malam tu bila katil terletak bawak air-cond jadi tak sejuk. Complain pagi sebab malam tu masing-masing dah penat dan mengantuk.

Pagi Ahad bersiap dan sedia ke Kedah jam 7.30 am
Jam 10 am dah sampai Sungai Petani, kami minum dulu di McD dan buat planning. Since kita ada masa dari 11 am hingga 5.30 pm, jadi ayah book OYO hotel untuk berehat lepas bawa Wafi makan. Nak bagi dia rehat. Barang yang dipesan semua dah siap beli dari Klang.

Dah pesan kat Wafi jam 11 am nanti kami sampai. Dah tunggu kat gazebo bersama Aisyah. Jem juga nak masuk sekolah sebab majority parents bawa anak-anak keluar outing.
Bila tengok Wafi berjalan masuk kereta, sebak pula ibu ni.. nampak susut dah anak ibu. 
Allah... masuk kereta ibu peluk erat-erat anak ibu ni.. tak puas cium pula!

Dalam kereta Wafi tunjuk kertas lukisan PSV semua yang dia buat. Ibu tengok pelajar lain elok je outing melenggang, tapi dia bawa kertas lukisan dan buku. But knowing her... Wafi memang akan tunjuk hasil kerja sekolah terutama yang dia suka. Nampaklah kesungguhan Wafi tu walau dia terpaksa buat kerja yang pelajar intake 1 & 2 dah buat 1-2 bulan sebelum ni.

Kita decide masuk hotel dulu sebab lunch kakak dah book tempat di restoren jam 12.30 pm.

Nampak lah badan dah susut. Wafi dok tunjuk seluar dia yang dah longgar.. ok lah.. balik cuti nanti ibu alter tang pinggang tu.

Sementara nak tunggu jam 12.30 tu Wafi siapkan kerja matematik sikit. Sempatlah Wafi meluahkan perasaan, menangis, merintih, memujuk and the list goes on!

Makan kerepek yang nenek goreng untuk Wafi. Sebelum daftar ritu Wafi ada tanya nenek buat tak kerepek pisang..  masa tu kan kelam kabut dengan persiapan jadi ibu tak sempat tanya nenek.

Duduk bilik hotel bolehlah makan dalam bilik, kalau kat rumah jangan harap!
Kakak pun bila bersembang taknak berlebih-lebih takut ada ayat yang menyinggung perasaan Wafi yang rapuh itu 😎

Ini lah hotel budget yang kami stay untuk few hours, OYO Hotel CT View. Ayah kat dalam RM60+

Jam 12.30 tu kita pergi restoren yang kakak dah book, surprise birthday buat Wafi.

Hahh.. terkejut lah dia kakak buat surprise.
Ibu pun tak tau apa yang kakak dah arrange tu.

Kakak sediakan hadiah untuk Wafi siap kad lagi.

Ni haaa.. homemade cocojar dan popiah nestum.
Kakak tau Wafi suka sangat dengan this kind of food, jadi gigih lah buat dua hari sebelum bertolak ke Kedah.


Walau happy, ibu dapat rasakan Wafi sayu.
Kat sini Wafi ada beritahu yang dia akan kurangkan telefon untuk elakkan dari terus homesick. Ibu ayah ok... cakap kat Wafi mungkin telefon malam sahaja. Sekarang ni kalau waktu sekolah dalam 2 kali call, kalau hari cuti kadang call 4 kali sehari.

Jomlah tengok apa yang kami order sempena birthday Wafi ni.

Ibu ambil set nasi lauk sotong petai.

Kakak order chicken chop.

Wafi kata tak lapar sangat jadi ambil Junior pasta.
Bila dapat pinggan... memang betul-betul junior,  hahahhaha

Ayah ambil lamb grill tapi terlupa pulak nak ambil gambar.

Price range affordable lah kat Galaxy X Cafe & Bistro ni.

Birthday kek buat Wafi.

Wafi malu-malu bila staff cafe nyanyi lagu birthday and wish dia.

One happy little girl!

Habiskan dulu food dia yang tak habis-habis.
Maklumler sambil makan sambil bercerita.

Lepas makan balik hotel.
Wafi siapkan sedikit lagi kerja kemudian tidur.
Wafi kata kat asrama, kalau malam letak kepala je terus tidur. Tak sempat nak fikir apa.
Penatlah setelah seharian belajar, riadah dan prep.

Ya Allah... ibu tengok dia tidur lena pun dah sayu.
Penat sangat lah gayanya.

Dapatlah Wafi tidur dalam sejam lebih.
Jam 4.30 bersiap untuk check out, nak tengok terminal bas yang Wafi akan naik nanti.
2.8 km je terminal tu dari sekolah.
Jam 5 sampai semula ke sekolah dan masa ni Tokwan dan makngah sekeluarga dah tunggu.

Sempat lagi sebelum melangkah ke asrama Wafi tanya.. nak kena sekolah sini ke 😌

Adoi lah nakkkk....

6 comments:

  1. Untunglah wafi semua orang sayang kat dia
    Beli jiwa tak ternilai harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni nak cakap pun kena hati2 WP, sensitif sangat dia. Sementara nak tunggu serasi.

      Delete
  2. saya tak habis2 meleleh airmata kalau baca cerita wafi ni,saya duk fikir macam mana Pia nanti bila duduk asrama..kuat ye wafi moga cepat dapat sesuaikan diri,doakan acik juga kuat nak hantar Pia masuk asrama tahun depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afzan dah kena train Pia dari sekarang bagi dia kuat semangat. Ceritakan suasana kehidupan asrama. Wafi ni walau dari awal memang nak masuk asrama tapi bila dah masuk, goyah juga hati dia. Ni kami masih dalam fasa memujuk dan menenangkan. Kami pun masih belajar lagi ni walau pernah masuk asrama dulu sebab keadaan berbeza.

      Delete