Rangkum je lah semua gambar siang FD ni.
Seperti biasa each family day kita akan buat sukaneka. Tahun ini Cik Baya & Cik Man lead the game. Baju FD seperti biasa Cik Wada yang arrange. Kali ni tema kaler hijau. Sehingga kini sudah ada t-shirt 7 kaler. Bolehlah pakai daily dan ketika berkumpul family. The kids terutamaya kenalah pakai sebab diorang cepat membesar. Sayang jika disimpan sahaja.
Lepas breakfast dah bolehlah main. Yang seronok malam tu hujan, patutlah bangun pagi terasa sejuk... ehhhh... ibu tidur mati tak sedar hahaha...
Yang penting group photo dulu, karang kalau dah main nak panggil balik susah.
Mulakan dulu dengan warm-up.
Nampak banyak video. Nanti kalau nampak, ibu add in dalam ni je lah.
Seperti biasa game kanak-kanak dulu kemudian baru game kumpulan dewasa.
Last sekali game pasangan suami-isteri.
Tempat ni best sebab kebetulan ada canopy besar jadi main bawah bumbung. Kebetulan hujan rintik-rintik pagi tu. Game pun habis awal dan masing-masing boleh relax.
Habis game, the kids tak sabar nak mandi pool... hurmmmm
Ibu, nenek, Cik Wada & Kakak Widad keluar pergi pasar pagi untuk cari seafood yang akan dimasak shell-out.
Mak-mak yang tinggal sediakan lunch.
Tahun ni kita bawak 10 ekor ayam yang sudah diperap siap-siap oleh Cik Biela.
Tu nampak nenek makan bendi celur dan sambal!
Yang lapar pergi lah makan... yang dah kenyang tu sambung karaoke pulak.
Daging goreng kunyit yang Cik Amie bawak memang terbaiklah.
Balik dari pasar kelaparan tapi yang best semua dah ready 😁.
Masa kat senuah restoren tepi pasar pagi kami minum-minum kejap, nenek nampak pajeri terung.
Senyum-senyum.. teringin lah tu.. belilah semua yang ada, rupanya ramai peminat pajeri tu. Padahal kalau kenduri ada pakeri nenas nenek tak pernah ambik. Mungkin pajeri lebih memikat!
Simple... yet delicious.
Belakang tu kabin berbentuk cilinder yang boleh disewa.
Bilik air di luar.
Ada beberapa spot cantik kat area homestay ni.
Ehhh.. yang ni rasa Cik Fatin tak ada... gambar yang atas baru ada.
No comments:
Post a Comment