Baru lah
hari ni ada masa dan kekuatan tulis tentang pendaftaran Wafi di sekolah baru.
Tarikh
Daftar : 6/6/2023 (Selasa)
Masa : 9
am
Jarak masa dari Kulim ke sekolah dalam 1 jam gitu. Hujan pula pagi Selasa tu. Jadi seawal 7 am kita keluar. Ambil kira few certainties lah kan.. tau-tau je lah, pagi.. murid pergi sekolah, orang pergi kerja dengan hujan lagi.
Ambiklah gambar dulu dengan Tokwan.
Mengantuk... bantal Cik Baya bagi tapi tak bawak ke asrama lagi sebab dah ada Mr Craby. Lepas ni lah giliran bantal gebu ni masuk asrama.
Oh ya..
Cik Baya dan Makngah Sila jadi idola sebab masuk asrama since F1.
Sebelum sampai sekolah, Wafi dah siap-siap tulis no contact semua termasuk makcik2.. hahaha.. sedia... kot2 tak dapat call immediate family 😁
8.30 am sampai ke Sungai Petani, kita breakfast dulu di McD. Light je lah since Wafi takde lapar sangat, juga bagi meredakan gundah gulana dan rama-rama dalam perut.
Wajiblah ambil gambar depan pintu masuk kan...
Masa ni Wafi belum tukar kasut lagi.
1st time
gitu.
Depan
bangunan akademik.
Ambil gambar dari tangga pejabat.
Pendaftaran
ringkas di Bilik Kaunseling.
Untuk
intake ke 3, ada 7 orang pelajar mendaftar (5 girls & 2 boys)
Taklimat
pun ringkas je.. pelajar diberi bilik mengikut rumah sukan.
Wafi
dapat rumah Laksamana (Biru) dan ditempatkan di Blok D6.
Alhamdulillah
blok baru tapi tahun-tahun akan datang mereka akan reshuffle.
Setiap
pelajar diberi seorang buddy/senior untuk membantu urusan asrama.
Mula-mula
kena ke koperasi untuk beli segala jenis pakaian, cadar katil, sarung bantal,
selimut dan buku-buku tulis juga lencana dan tag nama.
Baju
yang kena beli T-shirt prep/outing, sukan, baju batik, baju korporat dan kain
pasang untuk buat baju kurung prep (ibu beli 2 pasang terus).
Jumlah
semua RM521.40
Naik ke
dorm pula di aras 1.
Ada 3
katil kosong, jadi Wafi pilih yang depan. Belakang tu dia kata takut sebab
sebelah tingkap.
Di
bangunan baru katil single tapi lantai simen manakala di bangunan lama katil
double decker tapi lantai berjubin.
Ibu
bersihkan dulu locker dan bubuhlah lapik bagai.
Baru
susun barangan Wafi. Pihak asrama dah setkan setiap level dalam locker tu.
Dari
atas : buku-buku, barangan peribadi/perhiasan, baju dan bawah sekali stok
makanan.
Sebelah
kanan tu untuk gantung baju-baju sekolah dan baju kurung.
Ada 3
laci, bolehlah Wafi masukkan Mr Crabby dan barang lain.
Segala
undies dah masuk dalam drawer plastik tu, senang nak managed.
Kakak
buddy ajar cara lipat dan gantung baju kurung prep.
Wafi pun kena belajar cara lipat selimut asrama.
Selimut
tu berlogo manakala cadar dan sarung bantal putih. Patut ada logo tapi OOS
pula. Jadi semua F1 dapat cadar putih kosong.
Kenalah
belajar berdikari kan Wafi!
Sementara Wafi kemas katil dan locker ibu jalan-jalan sekitar dorm.
Bilik
iron di sebelah kiri dorm.
Iron
kakak Widad ajar camne nak guna. Kat rumah kan guna steam iron Phillips. Kat
situ conventional.. mujur bukan guna arang 😂😂😂
Dah
masuk hari kedua Wafi cerita masih guna iron yang sama, takut guna iron lain
nanti tak sama temperature pula.
Takpe
lah Wafi, belajar sikit2.. lama-lama pandai lah nanti tu.
Bilik air disebelah kanan dorm.
Shower kecil je.. tapi berpintu, masa ibu di Teknik shower takde pintu hokayyy...
Toilet
pun Wafi dah serasi, guna yang sama.. adehhh..
Kakak
buddy beritahu blok baru ni takde masalah air compare to bangunan lama. Jenuh
gak ler nak kena cari air kat level lain kalau duduk atas sekali.
Teringat
dulu masa kat Teknik pun sama, kalau bangun lambat slow lah air tu.. haishhh..
jenuh menadah air sebelum mandi.
Tempat
simpan baldi dan peralatan mandian. Sebelah kanan tu ampaian sementara sebelum
jemur di ampaian bawah tapi still berbumbung.
Ruang
mencuci pakaian.
Kakak
buddy beritahu kalau nak guna dobi weekend sahaja.. nanti boleh lah kongsi
beberapa orang.
Wafi
beritahu sudah cuci baju sendiri, baju sekolah tak iron sebab tak komot. Ok lah
tu sebab lepas basuh terus sidai. Jadi hanya perlu iron kain dan tudung
je.
Well
done Wafi!
Sinki
pun banyak, cermin elok lagi semua.
Siap dah
susun barang Wafi. Nanti boleh stock up makanan, macam sikit pulak.
Katil
pun dah kemas. Nanti Wafi belajarlah camne nak bagi cadar tu tegang.
Tu nanti
mereka hiaslah locker luar. Standard untuk semua ahli dorm. Koyak2 dah sticker
tu. Rasa mesti ada pertandingan dorm tercantik sebelum ni.
Kasut
pun dah susun elok.
Level ni
ada 4 dorm dan berkongsi 2 bilik air.
Laluan
asrama puteri.. banyak telefon boleh guna. Pilih nak pakai kad atau syiling.
Nanti
Wafi belajarlah camne nak guna kad. Buat masa ni ibu bekalkan banyak syiling.
Dah
testing guna phone ni, ibu save no.
2 kali
Wafi call guna telefon yang sama je 😂😂
Katanya
nanti kalau guna telefon lain ibu tak perasan itu no telefon asrama.
Tak
apalah.. mana-mana yang awak selesa.
Cuak
juga lah bila dapat panggilan hari pertama tu.. kami masih kat hiway Wafi dah
call selepas prep malam. Ingatkan ada apa.. rupa-rupanya nak tanya gambar sebab
nak isi kad outing.
Semalam
lepas prep petang call cerita asrama life.
Suara
ceria... mujur hahahhaha...
Lepas setel asrama dan belajar guna public phone, buat bayaran asrama pula. Pejabat asrama dalam kawasan asrama pelajar lelaki. Dari gambar atas, pejabat asrama bertentangan dengan tangga asrama.
Bayaran
asrama ni ikut pendapatan keluarga.
Kalau
tak silap RM1 atau RM3 sehari ikut Status Sosio Ekonomi.
Bayaran
Wafi RM369.00 sebab masuk pun dah bulan Jun.
Bersama
senior buddy, Aleya, F4 yang membantu proses kemasukan ke asrama.
Masa ni
dah setel buat bayaran asrama.
Tq Aleya
banyak membantu dan bersabar dengan segala pertanyaan dari kami.
Semoga
Aleya terus sukses!
Since
hari pertama di sekolah baru, cikgu kaunseling beritahu boleh bawa anak keluar dulu kot nak
makan atau cari barang, nanti sebelum jam 5.30 pm kena hantar semula.
Kami bawa Wafi makan di The Chicken Rice Shop di Amanjaya Mall.
Ingat
nak berlama-lama tapi ayah Aisyah yang sama mendaftar hari tersebut nak jumpa
jam 2 pm jadi boleh lah mereka bersama-sama. Kena carikan lah kawan untuk Wafi
karang sorang-sorang kesian pulak dia. Tempat dan persekitaran baru kan. At
least bila ada seorang kawan takde lah dia lonely. Kebetulan Aisyah ni dok
Puncak Alam, hahhh... lagi lah dekat. Senang nak balik rumah nanti.
Sebelum
say goodbye.
Wafi cam
nak sebak.. tapi ibu cool je lah, nanti ibu nangis kesian pulak dia.
Tak
sempat lah ibu nak bersedih2 sebab kawan-kawan F1 yang cikgu dah assign untuk
temankan Wafi dan Aisyah masuk dorm dan bersiap untuk ke prep petang sudah
menunggu.
Hari
pertama tak dapat kelas lagi jadi Cikgu Suhaimi warden sekolah syorkan duduk je
dulu mana-mana kelas dulu.
Ibu pesan kat Wafi bawa je lah buku latihan sebab tak dapat buku lagi.
Semalam Wafi beritahu kawan-kawan kelas semua ok.
Alhamdulillah..
untuk masa terdekat ni ibu cuma harapkan Wafi serasi dengan sekolah, asrama dan
kawan-kawan.
Barulah
seronok belajar.
Wafi
kata "bolehlah" duduk asrama kat sini.
Kami
gerak balik jam 2.30 pm.
Taknak tunggu Wafi lagi sebab takut dia bertukar fikiran taknak duduk asrama sebab rindukan ibu.
Sempat
singgah rumah ummi untuk berehat dan bertolak ke Klang selepas Isyak.
Alhamdulillah
semua urusan berjalan lancar.
Bila
Wafi call ibu akan cuba buatkan dia seronok sebab dia pun ceria je call.
Layankan
semua cerita dia.
Walau
rasa nak peluk je.
Dah jadi
habit ibu tiap2 hari sampai rumah dari ofis mesti cari Wafi dulu, peluk dan
cium Wafi.
Sekarang
balik rasa kosong.. takkan nak cium2 dan gomol2 Kakak Widad hahhahaha..
Kakak
Widad kata takde lemak 😂😂😂
Ya
Allah...
Lindungilah
anakku
Peliharalah
anakku
Rahmatilah
anakku
Aaminn YRA
No comments:
Post a Comment