Kali ni gigihkan juga datang ke ladang kelapa yang viral ni. Walau terpaksa menapak dari tempat parking yang agak jauh, kali ni mesti jadi hahhahha... Sebabnya... bila-bila pun tempat ni akan ramai kecuali datang pada weekdays lah.
Cepat-cepatlah ambil gambar di gerbang masuk sebab orang lalu lalang kan.
Kami pun dapat meja tak lama.
Kami beli goreng-gorengan seperti keropok lekor, keladi goreng, keledek goreng dan cakoi.
Sedap pula makan panas-panas ditambah dengan minum air kelapa pandan dan float.
Kipas pun ada banyak... nyaman..
Walau tempat ni redup tapi kalau takde angin, berpeluh juga!
Ada pelbagai tarikan kat sini, mak ayah boleh relax makan minum, anak-anak bolehlah main buaian, jonkang jongket etc.
Ada beberapa tempat.
Comellah Iman... nak terbangkan giant butterfly tu ke.
Dalam perjalanan balik tu patut nak singgah ambil gambar kat kapal terbang besar... tapi nampak ramai orang dan cuaca pun makaihhhh.. panas... 38 deg, kita batalkan lah niat. Teruskan perjalanan ke homestay.
Yang keluar lewat dari kami pun dah sampai walau mereka mengalami kesesakan dalam perjalanan.. ye lah.. cuti weekend panjang 3 hari, masing-masing ambil peluang bercuti bersama keluarga.
Kawasan ni besar.
Nampak macam berselang-seli antara sawah dan bendi.
Kebetulan sekarang lepas musim menuai jadi sawah semua kering.
aah kak ana pernah sampai juga sini, kalau hujung minggu dan cuti memang jenuh parking jauh kan.. menarik juga pada kak ana ada kelainannya..
ReplyDeleteBetul kak... kita nak kan kelainan.. dah sampai takde lah asyik teringat-ingat.
Deletesekinchan ni banyak tempat menarik kan kak..pemandangan pun cantik,ntah bila saya nak sampai hala ke sana
ReplyDeleteMajlis Daerah memang nak buat kawasan pelancongan. Banyak gak tempat yang diorang develope dan each time cuti memang penuh orang. Tapi fasiliti mereka bagus, parking semua tersedia dan ada RELA jaga. Jadi walau parking tepi2 jalan ia akan jadi one way move, takdelah bertembung dengan kenderaan lain. Kena datang waktu padi menghijau atau kuning keemasan... pasti cantik kalau nak shoot picture!
DeleteWaktu balik dari Tronoh ke Kuala Selangor, kakak saya cadangkan ke tempat kapal terbang di Sekinchan tapi masa tak cukup, takut lewat sampai kampung.
ReplyDeleteBagus Majlis Daerah situ, memang betul-betul dia nak tarik pengunjung... tiba-tiba ada kapal terbang kat tengah sawah. Ritu nampak ada orang ambil gambar jauh sikit jadi bolehlah nampak keseluruhan kapal terbang tu.
DeleteNampak menarik tempat ni
ReplyDeleteYa wak... kalau nak healing2 daerah sana boleh ke situ.
DeleteLuas ye kawasan tanam bendi tu...xpe amik gambar tempat sama, janji ada gambar untuk kenangan kan
ReplyDeleteLuas sangat SA mungkin dalam skala 1:100 dari kawasan penanaman padi.
Delete