Alhamdulillah telah selesai acara tahunan Hari Keluarga Shohari Clan yang diadakan pada 3 - 5 Jun 2023 bertempat di MyDesaStay, Sungai Besar. Tarikh lebih kurang sama seperti Family Day 2022 yang diadakan sempena cuti Hari Keputeraan Agong. Nampak gaya FD akan diadakan pada radius berdekatan dengan kediaman setelah beberapa kali keluar Selangor.
Check-in homestay pada jam 2 pm, jadi family kita dan Cik Baya keluar jalan-jalan dulu.
Ini tentative program yang ayah sediakan... mana yang sempat je lah kita pergi.
Plan esok :
7 am gerak
8 am Warung Ibu Jannah (B)
9.30 am Bkt Melawati
10.30 am Ah Ma House
10.30 am Mango King
10.30 am Airplane Sekinchan
12 noon Chef Danial (L)
1pm pusing2 Sg Besar
2 pm Check In
🙏🙏🙏🙏
Tak ada lah gerak jam 7 am😂, sebaliknya kita gerak jam 8 am setelah ibu dan kakak siapkan makanan yang perlu di potluck untuk dibawa ke homestay.
Ibu siapkan dua ekor ayam masak kicap dan nasi putih satu periuk Noxxa. Manakala kakak goreng popiah carbonara yang telah di frozenkan beberapa hari lepas. Kek batik tu malam kakak dah siapkan.
Tempat pertama kita singgah adalah Warung Ibu Jannah yang terletak di Jalan Bukit Rotan Kg, Assam Jawa, 45700 Kuala Selangor, Selangor.
Ada banyak menu seperti nasi lemak, bihun goreng, nasi ambeng, soto, kuih-muih dsb.
Roti canai dan spesis dengan nya tak ada.
Masa ibu tulis blog ni terasa-rasa nak ulang makan lagi lah.. sedap betul kombinasi lempeng yang lemak masin!
Tak perlu cicah sambal pun dah sedap. Haritu sorang makan sekeping sebab kami taknak makan terlalu kenyang... nanti bolehlah makan benda lain.
Suasana dalam warung. Pengunjung datang dan pergi.
Warung kemas dan bersih.
Definitely akan datang lagi!
Cantik kejadian telur goyang tu
ReplyDeletekan... ritu tengok diorang rebus, dah biasa rasanya timing dia sebab tu elok terletak atas roti.
Deletedah petang2 ni terliur juga tengok lempeng kelapa tu,nak buat sendiri tak rajin
ReplyDeletekan.. yang senang beli terus makan tak perlu leceh2.. tapi kalau dah teringin sangat dan malas keluar kena gagah juga buat heheh
DeleteBestnya ada roti goyang, ada lempeng!
ReplyDeleteMemang nyaman sungguh suasana kampung.
sesekali breakfast kat luar santai2 camni memang best.. kalau takde program weekend selalu skip breakfast sebab nak brunch terus 😅
DeleteLempeng tu nampak sedap betul..roti telur goyang SA masih x pandai makan..x tau la knp
ReplyDeleteLempeng sedap.
DeleteAkak tak berapa gemar kalau telur bercampur dengan kaya.. nampak pelik. Tapi kalau makan telur 1/2 masak atau roti kaya asing2 tak ada masalah.