Pages

Friday, June 30, 2023

Hotel Valiya, Ipoh

Ini pun cerita 17 Jun 23, selepas habis RU kita terus ke utara. Ingat nak bermalam di Kulim tapi jauh lah lagi perjalanan. Better stay je lah di Ipoh, tengah2 laluan.
Sempatlah ayah book Hotel Valiya, Ipoh dan berdekatan dengan exit hiway.

Inilah hotel yang aircond kurang sejuk tu. Bila dah malam, mata dah mengantuk, badan dah penat, kita tidur je lah. Kot lah kami yang salah adjust controller tu. Tapi memang macam kurang gas.

Hotel ni dihujung penjuru bangunan. Banyak bilik-bilik. Mujur kami dapat bilik tengah.
Cumanya tiada tingkap. Ibu tak gemar bilik tiada tingkap sebab rasa sesak nafas. Mujur sekejap untuk tidur je.


Bilik air bersih walau kecil sahaja.

Twin and single bed.
Selesalah untuk kami bertiga.

Basic necessities je.

Ada penyangkut, takde dah almari hotel2 macam ni.

Suka konsep camni. Belakang pintu ada kabinet built in letak iron. Nampak kemas.

Arah kiblat dan sejadah juga disediakan.


Ruangan lobi yang besar dan bersih.
Haaaa... sini sejuk hokayyy.. 😂 

By 7.30 am kita tinggalkan hotel untuk meneruskan perjalanan ke Sungai Petani.

No comments:

Post a Comment