Pages

Friday, June 30, 2023

Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur

Selepas reunion sepatutnya kami stay di Hotel Royal Chulan, KL tu. Disebabkan Wafi priority, maka kami cari "mangsa" untuk gantikan stay kat situ. Bayaran sudah dibuat, sayang lah kalau let go camtu je. Tanya Cik Baya available tak, kerja malam pula. Ting... Cik Elis lah mangsa kedua. Mujur available.. 

Berkaitan dengan Wafi boleh outing tu pun, seminggu sebelum tu baru tau boleh outing, jadi kita ke Kedah je lah.

Masuk bilik hotel untuk tukar baju petang tu sebab dapat check in pun dalam jam 1 lebih. Majlis bermula jam 2 pm. Taknak terlepas every single moment dengan kawan-kawan, maka cepat-cepat lah turun ke ballroom.

Sikit je lah ambil gambar bilik.

Kaunter bar.

Bilik air pun besar, sekali dengan bathtub dan shower area.

Twin super single.

Selesa bilik ni, cuma tak dapat tidur lah 😁

Rezeki Cik Elis sekeluarga.
Harga bilik beserta 2 breakfast.

Ballroom dimana majlis RU diadakan.

No comments:

Post a Comment