Pada 17 June 2023 diadakan majlis reunion Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi batch 9397 dan ia bersempena 5 series , Jubli Emas bagi kebanyakan dari kami. Kalau masuk degree UUM melalui matriks UUM, 50 tahun lah usia kami. Jika masuk degree melalui STPM & Diploma lebih lah sikit usia mereka 😄. Reunion ini diadakan bagi kali kedua yang mana pertama kali diadakan pada tahun 2007.
Disebabkan ayah merupakan salah seorang AJK majlis ini, maka kami bertolak awal sekitar jam 8 am. Terpaksalah tingglkan MakNgah sekeluarga bersama atok wan di rumah. Mereka tidur semalam kerana hari Sabtu tu akan bergerak ke Bangi pula untuk melawat baby Zulkarnain.
Taklimat dari pengarah program (seumur hidup 😍) iaitu Uncle Azhar.
Kakak Widad terlibat juga menolong di meja pendaftaran.
Masa ni ibu duduk-duduk lah dulu sementara menolong mereka susun goodies bag.
Banner dan goody bag.
Tersuka pula kaler kuning ni, nampak ceria!
Masa ni ibu tak tukar baju lagi sebab belum dapat kunci bilik.
Kek Orenji yang dibawa khas dari Kulim. Baker Acik Eija tak dapat hadir tapi mengirimkannya melalui Auntie Harsa.
Kami bersekolah sama di SM Teknik Ipoh dan berjumpa semula di Matriks dan Degree UUM.
Laaa... jumpa lagi gambar bertiga. Masukkan je lah. Kalau letak dalam handphone je mungkin akan terdelete pula.
Selepas bacaan doa. lagu UUM (tak pernah dengar pun sebelum ni sebab masa kami study dulu tak ada pun lagu), few videos, ucapan pengarah program, bolehlah bergambar beramai dulu.
Agenda santai je.. lepas tu makan-makan hi-tea dan chit chat.
In between tu adalah persembahan karaoke dari kawan-kawan dan lucky draw yang disumbangkan oleh rakan-rakan dermawan.
Merasalah ibu dapat bunga-bunga cinta ehh....
Rezeki Allah nak bagi.
Dapatlah pakai semalam masa solat sunat Aidil Adha.
Masa majlis tu ibu duduk semeja dengan rakan Matriks, 1.18/2.18
Akmal, Sharifah Bastiah, Rozita, ibu, Hasniza, Jamaliah (Jame), Meeza, Atok Azhar dan Megat Norazam.
Kakak Widad kenallah Dr Mazura sebab dah beberapa kali jumpa di Politeknik Sabak Bernam.
Sebelum tu beramai-ramai nyanyi lagu.
Program berakhir jam 6 pm.
Seronok berjumpa rakan-rakan. Harap dapat berjumpa di lain kali.
Dapat 3 sets sebab kakak Widad pun dapat.
Mug, tumbler, fridge magnet, key-chain, car sticker dan voucher dari He & She.
Pelekat kereta tu dah tampal satu di kereta ibu.
Wah..meriah erk kak...SA reunion 2019 terus panjat gunung angsi...hahahaha...alhamdulillah rezeki dapat banyak bunga..oo akak ngan abg satu U...jodoh satu U best betul...pi reunion leh sama2
ReplyDeleteuishhhh.. RU panjat gunung memang rare lah.. aktif dan kuat belaka..
DeleteSama U tapi lain course. Masa study tak berkawan pun, tapi masing2 penah lah terserempak sebab kawan dengan kawan yang sama. Kenal bila masing-masing dah kerja.