Pages

Thursday, June 1, 2023

AL & Preparation

Hari ni ibu ambil cuti sebab nak uruskan urusan di SAMNI dan buat kad bank Wafi juga segala macam hal😅

Seawal jam 8.15 am ibu dan Wafi ke pejabat SAMNI hantar buku² teks dan surat tawaran SBP, serah kepada kerani sekolah. Hari Jumaat petang lepas dapat surat dari BPSPB sudah maklumkan kepada guru kelas Wafi, Ustaz Ibrahim.

Lepas tu cari breakfast dulu di warung Kg Budiman. Kawi dah kelaparan.

Jam 9.15 am dah sampai BSN. Ibu pun tak sure kena guna kad apa, nak senang BSN lah sebab masa ibu sekolah dulu ada buku BSN sebab masa tu kan dapat bantuan Biasiswa Persekutuan. Mungkin BSN ni mesra pelajar😁

Nak buka akaun pun kena ada tujuan eh.. nanti depa tanya kenapa? aiseyyy...

Ibu jawablah anak nak masuk asrama jadi perlukan akaun dan kad bank.

Ditanyalah anak sekokah mana bla bla bla...

Untuk buka akaun bank, minimum deposit adalah RM50.

Ibu masukkan RM200.

Yayyy.. 

Dah ada kad sendiri.

Excited testing keluar dan masukkan duit semula.

Selesai urusan dalam jam 10 am.

Langsung ke MrDiy & Pasaraya Karnival.

Balik gosok baju² Wafi.


Petang sediakan mi kari. Ibu lepas maghrib baru makan.

Lepastu ke pekan ambil tudung Wafi yang dijahit tepi.

Setel keperluan Wafi.

Bila dah masuk beg baru lega.

Beg MrDiy tu penuh dengan makanan😄

Tapi tak sure lah bila laparnya sebab kat SBP makan 6 kali sehari.

Hari ni baru lah ibu rasa lega sikit..

2-3 hari badan rasa tak sedap.

Alhamdulillah Allah bagi sihat untuk prepare barang Wafi hari ni.

Tinggal tunggu tudung 2 lapis dan beg travel yang dibeli di Shoppee.

3 comments: