Akhirnya ibu terpaksa akur untuk pasang Njoi. Kak Widad kata bosan takde channel biasa bila mengadap TV. Asyik Netflix dan channel Youtube. Ayah kata boleh je tengok channel TV dari smart TV tu tapi nak kena search dan tekan button apa-apa entah.
Ibu pulak nak yang senang je. Setelah setahun terminate Astro rindu pula nak tengok channel TV biasa. Sabtu tengahari ibu googlelah camne nak daftar Astro Njoi. Dah tak nak langgan Astro yang kena bayar tiap-tiap bulan. Kalau ada aerial TV @ tulang ikan dijual memang boleh beli je tapi tu lah.. kadang-kadang kena adjust kedudukannya. Tu dululah. Tak tau lah sekarang wujud lagi ke tidak aerial.
Disebabkan parabola/piring Astro masih boleh guna lagi, bolehlah pasang Njoi tu. Kat iklan kalau dah ada piring Astro kena bayar RM309 sahaja dan kalau baru nak pasang RM399. Bila Astro quote RM275 ibu pun proceed. Bayaran one-off sahaja.
Tu filem Orang Ikan ibu sedang tonton sebelum technician ni datang.
Bolehlah kot nak tengok berita TV.
Technicial bagitau bayaran semua RM295, dia tunjuk dalam sistem. Ibu beritahu Astro quote RM275. Katanya extra RM20 untuk active kan Njoi ni... kiranya RM275 tu upah pasang.
Hurmmm... awatlah Astro ni tak bagitau awal.
Disebabkan dalam iklan pun RM309 kiranya ibu still bayar kurang RM14 😆
Bayar pada technician.
Dalam sebulan ni semua channel boleh tengok.
Happy lah Abang Imi boleh layan sport.
Inilah basic Njoi yang boleh ditengok 😅Bolehlah kot nak tengok berita TV.
Husband beli Android box..ada lah Chanel free untuk siaran tV...dah berumur NIE memang tak boleh tengok UTube..hahaha...kena tengok siaran yang lansung juga..buat modal tengok TV sambil lipat kain baju
ReplyDeleteHaaa ye lah.. kadang nak buat ada bunyi-bunyi je sambil buat kerja lain.. takde lah sunyi.
DeleteSamalah kak, tak leh la asyik tengok Netflix je, bosan.
ReplyDeleteNak juga tengok tv biasa... Movie dekat tv2 best2 juga kak haha
Rindu juga nak tengok movie TV2 hehe
Deletekakmieja selalu tgk astro bila travel jauh duduk atas kereta (balik kampung)
ReplyDeleteoo Astro on the go kot ya... saya kadang nengok Kdrama je kalau jalan jauh.
Deletetaufik sampai sekarang masih ada astro, android box dan alat screen mirroring
ReplyDeleteKalau ditengok takpe MT, takdelah rasa bersalah bayar tiap bulan.
Deletekak ana pernah dulu pasang Njoi tapi tiba-tiba tak dapat chanel call kata dah disconnected sedangkan sepatutnya pasang dan pakai tanpa bil kan, depa suh install astro . ermm memang tak lah sebab dah ada unifi tv nih.. hehe :)
ReplyDeletealamakkkk... boleh plak camtu kak.. patut one off je kan kita bayar. Unifi TV ni saya jenis tak sabar jenis nak search dan tekan button dia huhu...
DeleteNjoi ni pun ada certain package kena bayar bulan2...rmh mak mertua saya kena bayar 60+ x silap bulan2..
ReplyDeleteAkak ambil yang basic je Sueann.. asal ada TV1, TV2 dan TV3 sudah cukup nak tengok berita. Yang kena bayar tu memang ada kalau nak langgan channel lain.
DeleteDi rumah saya memang dah tak ada siaran tv yg basic macam dulu. Dah tak pakai. Cuma ada Netflix 🤣. Rasa2nya memang dah tak ada waktu utk menonton tv. Pernah sih kadang rindu nak nonton siara tv macam dulu. Cuma tak banyak juga siaran yg saya suka tonton. JD kalo nak langganan, rugi. 🤭. Akhirnya tak jadi .
ReplyDeleteKadang pasang TV je.. buat ada bunyi-bunyi.
DeleteMovie/drama Netflix yang tak tengok lagi banyak ... kadang tekan-tekan je tapi tak terasa nak tengok. Itu yang nak tengok basic channel je.
Ibu terpaksa jugak akur demi kak widad ek... kami masih lg ada astro sbb husb nk tgk bola... iyo kan aje janji bkn sy yg bayar.. hihi
ReplyDeleteKesian kat dia.. dok depan TV tapi tak tau nak tengok cerita apa.
DeleteHaha.. selagi ada yang membayar onz aje ya 😁