Pages

Tuesday, July 8, 2025

Hadiah Top Komentar Dari Amie's Little Kitchen

Alhamdulillah sudah sampai hadiah Top Komentar 1 Jan - 19 Jun 2025 Amie's Little Kitchen semalam. Nampak sms mesej dari Gdex pagi, petang balik kerja baru ambil.

Secured betul packagingnya...  berlapis-lapis.
Siap ada bag plastik Tawau Cocoa.

Terima kasih Kak Amie... sentiasa menghargai pembaca blog Amie's Little Kitchen.
Beberapa kali dah ibu terima pemberian dari beliau.
Setiap kali sampai package keriangan pasti hati berbunga-bunga.

Masyaallah... macam-macam betul hadiahnya ni.
  • Bilis kopek
  • Bilis halus
  • Pouch dari Negara Brunei Darussalam
  • Tawau White Coffee
  • Purse manik
  • Kain batik
  • Fridge magnet Rumah Terbalik
Segan pula bila dapat hadiah ni.. dok komen sebab suka baca blog Amie's Little Kitchen tu.
Bak tagline Jason_jezi "Sudah anda baca... sila komen" πŸ₯°

Ok.. ini Tawau White Coffee.
Tengok belakang packaging ada tunjuk cara nak buat secara panas dan sejuk. Baru ibu tau rupanya kalau 3 in 1 tu boleh buat kedua-dua cara. Biasa minum panas.

Kebetulan nak buka puasa, haaa.. bolehlah try.
Sedap juga minum sejuk-sejuk.. secukup rasa, kurang manis.

End up malam tadi ibu jadi burung hantu πŸ¦‰
 
😳😳😳😳
Terang biji mata.... sapa soh minum kopi waktu malam.

****************

Terima kasih Kak Amie atas hadiah yang diberi.
Mudah-mudahan Allah sentiasa perluaskan rezeki akak sekeluarga.

Teruskan menulis dan berkarya πŸ₯°

Tahniah juga buat rakan-rakan blogger lain yang awesome 😍😍😘😘

 

26 comments:

  1. Tahniah kak...pas ni minum kat opis, jgn minum malam kang x tido plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA πŸ₯°
      Sendiri cari pasal hehe... masalahnya kan... akak minum kopi kat opis pagi.. lepas tu masa lunch takleh tidur pula. Nak juga ambil nap. Mungkin kena minum selepas lunch. Itu yang jarang ambil kopi campuran padahal hati membuak-buak nak minum sebab tak tahan dengan aromanya yang wangi.

      Delete
  2. Tahniah kak....mantap laaaaa ... Minum malam susah laaaa nak tido..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MT πŸ₯°
      ekeke... padahal dah tau... tapi bila nampak kopi gini tak beringat.

      Delete
  3. Alhamdulillah..rezeki tu...Linda nie takde pula boleh tahan mata..minum kopi pun ngantuk juga..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa mungkin kalau 3 in 1 atau kopi yang di'bru' boleh buatkan hilang mengantuk. Rasanya kopi hitam tak kot... lepas ni nak buat experimen lah minum kopi hitam + susu atau kopi-o masa malam. Tapi buat masa cuti lah 😁

      Delete
  4. Tahniah. Cie punya pun dah dapat. Meriah kan hadiah kiriman kak Amie. Banyak betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cie πŸ₯°
      Kan... meriah betul. Rezeki siapa yang dapat.

      Delete
  5. Alhamdulillah tahniah Kak!
    Sy baru bancuh kopi tu, tapi panas la...lepas ni bole try buat kopi ais pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH πŸ₯°
      Haaa... try lah buat kopi ais pula... pertama kali akak buat dah rasa sedap.
      Lepas ni beli 3 in 1 pun boleh buat sejuk pula.

      Delete
  6. Alhamdulillah... Banyak sekali hadiahnya dari Mbak Amie...
    Duh Mbak itu tawau white coffee dengan es...terbayang betapa segar saat meminumnya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang segar pak... mata pun segar sampai tidak boleh tidur malam 😁

      Delete
  7. tahniahhhhhh ibu! Ana pun terima juga dari sis amie. byk betul pemberiannya... ana blm minum lagi Tawau Coffee ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Ana, lumayan kan... ingat.. jangan minum sebelum tidur πŸ˜‚

      Delete
  8. Alhamdulillah. Kiriman dah sampai. Saya pun takut minum kopi waktu petang atau malam sebab susah nak tidur. Tapi white coffee ni saya try minum sejuk petang Ahad balik dari Tawau. Agaknya penat berjalan, eh...boleh tidur pulak malam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gitu bukan salah kopi lah kan 😁
      Kak Amie pun tidur walaupun minum... mesti sebab otak dah bagi signal untuk tidur hehe

      Delete
  9. Kebetulan baru lepad minum white coffee tapi tak dapatlah yang dari Tawau tu, special sangat pemberiannya tu. Kami pakai yang cap Kapal Api punya white coffee. Tahniah kepada penerima dan moga murah rezeki kepada pemberi. Jauh2 pun pos!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Alhamdulillah rezeki dari seberang lautan πŸ₯°
      Saya ada minum beberapa koip 3 in 1 dari pelbagai jenama.
      Sekarang pun ada beberapa peket Kapal Api. Sedap sebab kurang manis. Ni pagi tadi breakfast cicah dengan biskut Pingpong. Tu yang mata terang time lunch hour. Ingat nak nap, harap mata beri kerjasama πŸ˜…

      Delete
  10. Alhamdulillah...sampai juga akhirnya. Tahniah kak. Macam-macam hadiah kak Amie kirimkan. Of course hati berbunga-bunga bila dapat macam-macam. Dari makanan, minuman sampailah accesories dan kain batik. Semoga bertambah-tambah rezeki kak Amie yang suka berkongsi rezeki dengan yang lain. Aamiin...
    Saya tak berani nak minum malam, risau jadi macam tu lah. hihi..Belum cuba lagi versi sejuk. Baru bancuh untuk versi panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA πŸ₯°
      Jangan sesekali mencoba Fizah.... unless nak tengok tayangan larut malam hehehe
      Try lah sesekali minum sejuk, sedap rupanya.

      Delete