Pages

Sunday, July 13, 2025

Makan Tengahari Di Restoren Saffani, Simpang Pulai | Selesai Exam

Pagi tadi gerak dari Kulim jam 10.30 pagi. Lewat sikit sebab ayah uruskan keperluan tokwan dulu sementara Pak Jon sampai.

Kawan² ayah SAS zon utara ziarah tokwan tadi sebelum kami gerak balik.

Otw tu ayah cadangkan lunch kat Ipoh tapi rasa macam taknak masuk pekan. Jadi ayah soh cari tempat makan area Batu Gajah atau Simpang Pulai.

Ibu search "makan best simpang pulai", keluarlah beberapa tempat makan. Restoren Saffani ni rating dia 4.3 dari 414 review. Bolehlah ni. Tengok akan tutup jam 3 pm. Masa tu sudah jam 1 pm jadi boleh expectlah mungkin tak akan banyak lauk pilihan.

2 minit dari exit Simpang Pulai.

Ikan kembung dan ayam bakar. Air asam tu tertumpah atas pinggan masa ibu bawa๐Ÿ˜ฌ
Kalau datang awal banyaklah pilihan ikan bakar.

Ayah dah plan nak makan patin tempoyak tapi yang tinggal kuah sahaja. Bolehlah dihirup buat rasa masam pedas..

Nampak kat meja² disediakan kicap cap Kipas Udang.
Ibu kalau kat rumah makan lauk atau sayur kering barulah bubuh kicap, itupun jarang.

Lainkali kalau awal boleh lagi singgah sini takpun makan di tempat lain area Simpang Pulai ni. Yang penting lokasinya dekat dengan exit tol jadi tak perlu masuk jauh ke dalam.

Ganti drive kat Hentian Behrang. Sebelum tu ibu dah tidur dulu.. maklumlah.. lepas makan. Mata pun berat je๐Ÿฅฑ

Cik Cha kata ibu macam orang belajar memandu, dua² tangan kat stereng. 
aihhhh... ibu mana ada derhaka ajaran cikgu๐Ÿ˜
mujur ummi sebagai isteri cikgu memandu, pertahankan, walaupun dah senior wajib begitu๐Ÿ˜…

Pertama kali ibu drive Axia jarak jauh... takleh nak speed sangat... ikut je had kelajuan antarabangsa. Macam susah je nak tekan 120km/j๐Ÿ˜. Memandu kat jalan 3 lane, bolehlah dengan selesa duduk di lane tengah. Kalau ada 2 lane cuak juga tambahan bila nak potong lori dan bas. Lepastu kenderaan belakang cucuk² ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

Sampai rumah jam 5 tadi. Tapaukan makanan Kak Widad. 

Alhamdulillah tadi last paper final exam.
Assignment yang perlu disiapkan pun sudah dihantar.

Habis dah perjuangan kelas online 2 semester, ada masa struggle... ada masa mudah.

Kak Widad dah plan nak rehat dan gathering dengan kawan². Nak massage pula.. insyaallah awal bulan depan ibu bawa Kak Widad short getaway. 

26 comments:

  1. Nanti tanya chatgpt berderet dia akan suggest kedai makan berdekatan. Hihi. Cie lama tak drive atas highway. Selalunya husb jela drive dia takut kot nak bagi bini drive. Hahaha. Bini dia ada sejarah banyak saman had laju zaman bujang dulu ๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah.. akak baru try tanya chatgpt pula. aihhh.. banyak juga dia suggest sekali dengan kedai tak halal ๐Ÿ˜…, lupa pula nak add perkataan halal hehe..
      Makaihhhh... hobi kumpul saman tu ๐Ÿ˜‚ boleh memandu kat litar F1

      Delete
  2. Lega Kak Widad, semua dapat diselesaikam.
    Pasal orang perempuan memandu ni, memang lurus jew. Anak-anak selalu ketawakan cara pemanduan saya... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kak... yang penting kita jadi pemandu berhemah ๐Ÿ˜

      Delete
  3. Singgah sini..nampak restoran Safani, selamat menjamu selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Etuza singgah.. macam lama saya tak bertandang ke sana.

      Delete
  4. Bagus ... Tidak derhaka dengan ajaran guru memandu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aihh... tak baik derhaka, nanti tak berkat ๐Ÿ˜…

      Delete
  5. kalau rating 4.3 per 5 bintang, mesti kedai ni selalu ramai orang. tapi baru pukul 1 lebih pun banyak lauk dah habis ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah rating 4.3/5
      Mungkin restoren tu buka awal sebab akak tak check jam berapa buka. Masa sampai pun pekerja tengah bersihkan tempat pembakar.

      Delete
  6. Atas highway kena fokus...saya pun akan pegang stereng mcm tu kalo atas highway...bawa laju kalo x boleh control susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sesetengah orang relax je pegang bahagian bawah akak rasa cam tak boleh. Susah nak adjust tangan kalau tiba-tiba kena elak sesuatu kat depan.

      Delete
  7. sabar jerklah cik cha hehheheheh.....alhamdullilah selamat sempai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke.. biasalah adik beradik, ada je yang nak dikomennya ๐Ÿ˜‚

      Delete
  8. waahhhh kalau awal mesti lebih byk pilihan lauk tu kan ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ana... akak rasa restoren tu memang ramai pelanggan. Ada 3 meja panjang, pelanggan non-Malay makan kat situ. Kalau dah kaum lain pun makan mungkin betul sedap lah.

      Delete
  9. Resto nya sebentar lagi tutup jadi tak banyak menu masakan yang masih tersedia ya Mbak.

    Sukses buat kak Widad dalam study nya...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kurang pilihan tak ada bingung nak pilih makanan tapi apa yang ada sahajalah untuk dimakan.
      Insyaallah pak.. semoga kak widad terus sukses.

      Delete
  10. Apa yang tinggal, itu lah rezeki kita. Dah lepas waktu lunch, tak boleh nak expect apa lah, nak cari tempat lain semestinya malas. Makan je apa yang ada. Sedap juga tu dapat ikan dan ayam bakar cicah air asam.
    Bagus ibu pelajar yang berhemah memandu. Kadang drive tertekan lebih encik suami dah cuak. hihi..
    Alhamdulillah selesai sudah pertarungan Kak Widad. Dah boleh rehat santai dah. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin YRA.
      Mujur ikan dan ayam bakarnya masih panas-panas lagi.
      Kalau tengahari makan masakan kampung memang layannnn...
      Akak drive tak boleh lebih dari 120km/j, rasa pening.

      Delete
  11. Sama lah, selalu cari restoran yang dekat exit Tol. All the best Kak Widad. Sama lah, tangan dua2 di stereng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang yang dekat exit kan kalau sekadar menyinggah makan.
      Geng 2 tangan juga ya memandu๐Ÿ˜

      Delete
  12. Rasanya hanya lelaki yg bawa mobil dengan 1 tangan ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Kalo wanita, kecuali dia expert sangat, rata2 pakai 2 tangan ๐Ÿคญ.

    Alhamdulillah selesai exam kak widad ya... Santai dulu sejenak, rileks pikiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe lah tak nampak stylo drive 2 tangan, asal konfiden bawak hehe...
      Dia nak relax-relax dulu.
      Tak tau lah apa plan 3 bulan ni.

      Delete