Pages

Tuesday, October 21, 2025

Beberapa Jam Je Jumpa Wafi

Habis dah cuti Wafi sempena Perayaan Deepavali. Pagi ni ibu hantar Wafi ke KTM Sungai Buloh. Ayah kerja dah, last week Jumaat dah cuti untuk temankan Wafi. Ibu pulak sambung cuti nak uruskan Wafi dan rehat sehari sebelum mulakan tugas semula. 

Sepanjang 5 hari ibu tak ada di rumah, Wafi uruskan sendiri baju yang dibawa balik.. ehh.. boleh pulak basuh, jemur dan lipat. Sebelum ni kalau Wafi balik, ibu lah buat semua sampai masuk dalam luggage. 

Rasanya ini kali pertama Wafi duduk sendiri dengan ayah. Makanan ayah belikan je tapi ada satu hari Wafi panaskan lauk ayam masak lemak cili api yang ibu sudah frozenkan. Bila nak masak nasi tak sure berapa pot. Tanya ayah, ayah pun tak sure😬

Jadi Wafi masak 3 pot.

Fuhhh.. macam nak makan 5 orang.

Adoii.. kesudahannya terpaksa buang bila nasi lebih tu tak simpan dalan fridge.

Malam tadi jam 10.45 ibu sampai rumah. Uruskan hal rumah dan masukkan baju² Wafi dalam beg. Jam 1 am baru ibu tidur. 5.30 am dah bangun sebab nak prepare bekal makanan Wafi.

8.30 am gerak ke Sungai Buloh. Hari bekerja jadi dah expect jalan jammed. Waze bagi jalan ikut Lapangan Terbang Subang. Jalan smooth. 9.30 am sampai KTM. Parking sampai ke Tingkat 3. Maklumlah hari bekerja. Bagi Wafi tidur dulu dalam kereta. 9.55 baru naik ke terminal.

Walaupun jumpa Wafi sekejap, Alhamdulillah dapat melengkapkan keperluannya sebelum balik.

Ibu kirimkan sekali ole² dari Japan buat kawan² Wafi. Nanti sorang dapat pen dan lip balm.

Wafi call tadi kalut sikit kat tren sebab masa nak turun tak jumpa beg. Rupanya staff KTM susun beg dia kat rak atas. Nak nangis katanya takut tren jalan. Nanti sampai Padang Besar pulak. Dia tak expect yang tren akan sampai beberapa minit awal. Biasanya beg tak pernah berubah dari tempatnya, Wafi letak tepi pintu. Mungkin kali ni ada rak kosong, itu yang staff rearrange. Mujur juga tren berhenti lama namun bertolak masih ikut jadual jadi penumpang ada masa nak naik dan turun cuma tak bolehlah leka. 

Wafi... Wafi.. bikin ibu terkejut je bila call masa ibu tengah nap.

Malam tadi Wafi bagitau tiap² hari buka blog ibu ingatkan ibu update blog jalan² ke Japan.. aduhhh... mana ada sempat. Share gambar sikit je kat whatsapp family.

Nanti pelan² ibu update blog dan BW.

Wednesday, October 15, 2025

Widad & Intan Jalan-jalan Singapore

Ibu simpan sini gambar-gambar masa Kak Widad dan Intan bercuti ke Singapore pada 19/9/2025.

Singapore je lah yang paling senang sebab ada Cik Fatin di JB. Bolehlah temankan. Kalau tempat lain yang jauh pergi dengan travel agency ibu setuju tapi kalau DIY je kena ada kawan yang lebih mahir atau dah biasa travel DIY.

Dua-dua nak habiskan cuti sama-sama sebelum masuk kampus semula. Intan akan terbang ke Mesir mid Oktober 2025. Kalau ada Ain bolehlah pergi bertiga tapi Ain dah mula kelas di politeknik. Mereka bertiga sepupu perempuan paling dewasa cuma umur tak sama. Intan dan Ain beberapa tahun muda dari Kak Widad.

Naik bas pagi Jumaat dari Klang Sentral. Dalam bas tidak dibenarkan makan, berkali-kali driver pesan. Aishhh... takkan makan sikit pun tak boleh. Padahal masa tu Kawi ada goreng roti sosej. Bolehlah kalau nak makan roti sosej tu sikit. Bukannya nak makan nasi kandar ke nasi beriyani ke. Dah lah kelaparan budak berdua tu. Berhenti kat RnR Ayer Keroh kalau tak silap, beli pau. Mungkin makanan yang dibawa tak berusik.
Kalau ibu perut kosong dalam bas boleh mabuk jadinya.

Tuesday, October 14, 2025

Kelas Khas Persediaan UASA

Cikgu Amin penyelaras kriket share dalam grup. Malam ni anak² kriket ada kelas khas ulangkaji subjek Sains bagi persediaan UASA. Mostly player kriket sekolah dari Form 3 jadi dapatlah mereka buat satu kelas.

Monday, October 13, 2025

Sambutan Hari Lahir Bella

Cerita 2 minggu lepas Sabtu, 4/10/2025

Cik Ami seru anak-anak buah balik rumah nenek untuk meraikan hari lahir Bella yang ke 4.

Sunday, October 12, 2025

Mr Crabby Parah | Balik Lewat

Setiap kali Wafi bawa balik haiwan ni ada je lah kecederaan dia.
Ni kalau tak jahit banyak lagi lah span yang akan terkeluar.

Saturday, October 11, 2025

Makan Malam.Di Seteshen@118

Jumaat malam bawa Wafi keluar makan. 

Mula² Wafi suggest nak pergi Setia City Mall. Nak OOTD katanya. Pastu tak jadi sebab barang mekap tak bawak balik. 

Jadi ibu ajak ke Eco Grandeur.
Takyah ootd, pakai jubah je. Lega sket ibu, tak perlu tawaf dalam SCM.

Sebelum tu seperti biasa singgah Watson. Ada je yang nak dicari. Beli facial cleaner Hada Labo.

Makan di Seteshen@118 sebab lepas makan Wafi nak Ilao Ilao plak. 

Kering sikit dah bibir tu.

Friday, October 10, 2025

Pulang Bermalam Tapi Demam

Rabu malam Wafi text dalam grup family mengatakan tak sihat. Kalau demam kuat susah juga nanti takut tak larat kat ETS. Khamis petang kan akan Pulang Bermalam. Pagi Khamis tu ibu tertunggu-tunggu juga panggilan kot kami nak kena ambil di sekolah. Bila tiada panggilan ibu assume semua baik².
Kali ni balik dengan Najlaa dan Ariana je. Mia dan Afiqah dari hari Isnin dan MC.

Petang sampai Sungai Buloh dah tak larat. Ayah yang pickup. Tanya nak makan, tak selera pula.

Thursday, October 9, 2025

Reunite Di Kampus Gong Badak

Pagi tadi Kak Widad dan 3 orang roomate buat pertama kali masuk UNISZA Kampus Gong Badak. Salah seorang kawan menghadapi masalah bila cip kad Matriknya gagal untuk dibaca. Untuk selesaikannya, kena buat di pejabat main campus. 

Disebabkan minggu ni belum ada assignment jadi mereka berempat ambil kesempatan melawat main campus dan jalan² sekitar Terengganu.

Sementara kawan Kak Widad selesaikan masalah di jabatan yang berkenaan, Kawi pergi jumpa Abang Imi. Sebelum sampai tadi Kawi dah call dulu tapi tak berangkat. Masa tu Bami masih di rumah sewa lagi, sedang mandi.

Abang Imi kebetulan ada di library untuk tugasan tesis. Jadi jumpa kat situ je lah.

Tuesday, October 7, 2025

Hadiah GA Mencari Saham Akhirat 2.0

Sampai dah hadiah GA Mencari Saham Akhirat 2.0 dari blog Saje Suka-Suka Notie yang ibu sertai sebelum ini. Ibu terima hari Ahad petang 5/10/2025 dan terus notify Kak Notie yang parcel sudah sampai.

Poslaju terus hantar dan snap picture. Takde dah dia nak notify dulu. Ibu rasa sebab dah tau rumah.

Sepasang telekung travel super comfy. Kaler peach.

Gini bila dah masuk dalam pouch. Comel je siap ada charms.

Insyaallah minggu depan kita bawa telekung travel ni jalan².

Try dulu pakai.... selesa dan kemas tang bahagian muka tu. Kain lembut dan sedap dipakai.

Terima kasih Kak Notie atas hadiah yang sangat bermakna ini. Semoga Allah membalas kebaikan dengan ganjaran berlipat ganda, melimpahkan rezeki, kesihatan, serta mempermudahkan segala urusan. Kami doakan agar akak terpilih menjadi tetamu Allah dan menunaikan haji pada tahun hadapan 2026🥰🧡🧡


 

Sunday, October 5, 2025

Kelas Pertama Semester Baru | Khabar Dari Asrama

Hari ni kelas pertama Kak Widad untuk semester baru. Punyalah semangat, kelas jam 9, jam 5 dah bangun. Sampai² kampus, lecturer beritahu akan buat kelas online. Jadi Kak Widad dan kawan² terpaksalah masuk library. 

Ulangtahun Kelahiran Rahimi

1st born ibu ayah hari ni menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 25 tahun.

Semoga sihat² selalu.. sentiasa dalam lindunganNya.

Terima kasih jadi anak yang baik dan jaga adik².

Saturday, October 4, 2025

Makin Mahal Bateri Jam

Jam Casio Lineage ibu ni dah berusia 25 tahun. Masih utuh lagi untuk berkhidmat tapi tu lah... rasanya 2-3 tahun sekali kena tukar bateri.

Seingat ibu masa mula² tukar bateri, harga bateri RM8 sahaja. Kemudian naik jadi RM10, RM15, RM18, RM20. 

Hari ni tukar di kedai yang masih sama, orang kedai kata bateri jam ni berharga RM25. Makaihhhhh...... kemahen mahal dah. Kena juga tukar takkan nak biarkan jam tu terbiar. Lagipun elok lagi cuma perlu tukar bateri.

Pejam mata je lah.

 

Abang Pula Balik Sarang | Aktiviti Kakak dan Adik

Pagi ni hantar Abang Imi ke Klang Sentral. Nak balik dah ke kampus untuk meneruskan pengajian di Tahun 3. Ibu bekalkan nasi putih, ayam balado, kobis+pakchoy tumis dan tempe goreng.

10.30 pagi keluar sebab nak breakfast dulu kat Mamak HQ.
Ibu ayah pesan tosei garing manakala Bami ambil roti telur dan roti bakar. Kopi o ais, teh tarik dan ais kosong.

Friday, October 3, 2025

Habis Dah Jalan² Ganu

Hari Ahad 28/9/2025

Pagi breakfast lagi di Mek Mok Gemok

Ulang lagi Nasi Dagang.

Punyalah banyak makanan, Kak Widad pilih ceker ayam. Sedap katanya.

Thursday, October 2, 2025

Makan Malam Di TC Steak House

Dari Pasar Payang Abang Imi ajak jalan² area Drawbridge. Lalu lah tapak pesta makanan tapi tak adalah kami nak singgah sebab untuk dinner ayah dah plan makan western.

TC Steak House.

Wednesday, October 1, 2025

Masjid Kristal | Pasar Payang

Dari Pantai Penarik terus ke Kuala Terengganu. Kami sudah bercadang untuk solat Asar di Masjid Kristal. Ngam-ngam sampai jam 4.05 petang. Tunggulah beberapa minit lagi untuk masuk waktu.
Sebelum sampai masjid, ayah tanya kat kaunter  tiket kot ada lagi bot ke mana-mana pulau . Memanglah tak ada sebab bot sampai tengahari je😅

Tahun 2019 masa Family Day datang sini tapi masa tu masjid under renovation. 2022 & 2023 datang lagi Terengganu tapi tak singgah.