Tak jauh dari Tanjung Dawai akan lalu Ladang Nira Nipah Napiah. Kerap lalu tapi tak pernah singgah bila tengok kenderaan banyak yang diparkir tepi jalan. Masa lalu tu kosong pulak. Ingatkan tutup sebab Jumaat. Patah balik sebab nak tengok juga kot² buka bolehlah masuk sekejap.
Ada disediakan meja dan bangku. Kalau order makanan akan diberi nombor dan makanan akan dihantar kemudian.
Pokok nipah ni hidup di tanah bakau dan berpaya.
Tengah-tengah ni macam kolam.
Closed up bunga teratai yang belum kembang sepenuhnya.
Masa ni plak ngam-ngam Wafi call.. masa tu ingatkan nak buat surprise bila sampai sekolah. Wafi kan tak tau toklangnya meninggal dan kami ke Kedah.
Dah alang-alang Wafi call bagitau lah soh standby jumpa jam berapa. Sempat dia kirim stok makanan Mr Diy. Boleh lah kalau satu tempat je. Belikan sekali untuk Kak Widad.
Rupanya ada Mr Diy yang tak jual makanan. Mujur the next Mr Diy tu dekat dan ada jual. Kami ke Mr Diy Sungai Petani je.
Disebabkan baru je makan tengahari jadi kat sini ayah hanya ambil air nira satu cup, jeli kelapa dan boko campur.
Air nira ni ada rasa masam sikit tapi manisnya makaihhhhh... meleting.
Minum sejuk memang sedap tapi ibu tak tahan dengan manis dia.

























Nie yang blogger Mazni pernah share tu kan? Kalau tak silap lah...sama je..
ReplyDeleteSalam takziah kak, baru sempat nak berkunjung ke rumah maya nie..
cantiknya ladang nipah ni Rawiwa, kak ana ingat dulu-dulu masa kecil di kampung kak ana ada pokok nipah ni arwah opah anyam jadikan atap untuk reban .. nostalgia sungguh . Ada dua jenis atap dahulu sama ada atap nilpah atau rumbia kalau tak silap , lama sangat dah era tu :)
ReplyDeleteRomantis berdua sahajewww.. hehehe
ReplyDeleteOrg kurus x risau psl kencing manis 😢