Pages

Saturday, October 11, 2025

Makan Malam.Di Seteshen@118

Jumaat malam bawa Wafi keluar makan. 

Mula² Wafi suggest nak pergi Setia City Mall. Nak OOTD katanya. Pastu tak jadi sebab barang mekap tak bawak balik. 

Jadi ibu ajak ke Eco Grandeur.
Takyah ootd, pakai jubah je. Lega sket ibu, tak perlu tawaf dalam SCM.

Sebelum tu seperti biasa singgah Watson. Ada je yang nak dicari. Beli facial cleaner Hada Labo.

Makan di Seteshen@118 sebab lepas makan Wafi nak Ilao Ilao plak. 

Kering sikit dah bibir tu.

Ayah order Wild Mushroom Soup.

Chicken Grilled untuk ibu.

Wafi pilih Chicken Chop.

Nampak berselera makan. Sekeping dah badan.

Bertiga pula.

Abang dinner makan kat luar, kakak pulak buat nasi goreng. 

Kakak berkongsi masak dengan 4 orang rakan sebilik. Bergilir² masak dengan housemate yang lain. 

No comments:

Post a Comment