Pages

Friday, October 24, 2025

Cuti Hari Ini

Hari ni ibu, ayah dan Kak Widad menghadiri pengebumian ibu saudara ayah yang RAWIWA panggil Toklang. Toklang ni adik beradik maktok nombor 3. Mereka tiga beradik je. Sekarang tinggal Tokngah sahaja yang masih ada lagi.

Malam tadi bila diberitakan yang toklang sudah meninggal di Hospital Sungai Petani, kami bertiga gerak jam 11.30 malam. Masa ayah gerakkan ibu jam 11.00 masih mamai² sebab jam 9.00 ibu sudah tidur. Bersiap lah sekadarnya. Sarungkan je jubah dan pack baju sehelai. Toilettries memang sentiasa tersedia dalam pouch.

Kebetulan Kak Widad baru sampai pagi semalam jadi bawa sekali.

On the way tu jam 2.30 am ibu update grup department hari ni ambil EL.

Sampai Kulim jam 7.30 pagi. Rehat sekejap dalam 2 jam camtu. Ayahlah drive sepanjang malam itu pun ada few stops. Dah sampai Juru baru ibu sambung. Ibu tidur memang tak sedar diri. Maklumlah sejuk, hujan sepanjang jalan. 

Sampai Tanjung Dawai jenazah Toklang sudah disemadikan. Tinggal betulkan tanah dan tunggu sampai talkin selesai. 

Jumpa Toklang lelaki dan singgah sekejap di homestay yang disediakan oleh keluarga mereka. Toklang berdua tiada anak jadi saudara maralah yang sama² menguruskan jenazah.

Gambar tahun 2022 ni RAWIWA bersama toklang di gerai mereka.

Raya tahun ni tak ada pula ambil gambar bersama sebab masa tu kali terakhir jumpa toklang. Beliau meninggal asbab kuman dalam darah yang terlalu tinggi.

Semoga arwah Toklang ditempatkan bersama² orang yang beriman.

 

2 comments:

  1. Moga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnalillahiraajiuun.
    Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete