Pages

Friday, October 10, 2025

Pulang Bermalam Tapi Demam

Rabu malam Wafi text dalam grup family mengatakan tak sihat. Kalau demam kuat susah juga nanti takut tak larat kat ETS. Khamis petang kan akan Pulang Bermalam. Pagi Khamis tu ibu tertunggu-tunggu juga panggilan kot kami nak kena ambil di sekolah. Bila tiada panggilan ibu assume semua baik².
Kali ni balik dengan Najlaa dan Ariana je. Mia dan Afiqah dari hari Isnin dan MC.

Petang sampai Sungai Buloh dah tak larat. Ayah yang pickup. Tanya nak makan, tak selera pula.

Ibu belikan set bubur untuk Wafi. Ada racikan ayam, bawang goreng, paru balado, tempe goreng, kangkung, telur masin dan lobak asin. Sengaja ibu minta bungkus asing sebab ada yang Wafi tak berapa suka.

Sampai rumah mengelepek dah. Terus masuk bilik nak baring. Disebabkan dah makan nugget dalam perjalanan balik jadi ibu bagi paracetamol dan ubat selesema.

Yang Wafi mention nak pergi klinik dengan warden tu tak jadi sebab tak larat sangat. Ubat demam pun tak makan katanya tertinggal kat kelas. Laaaa.....

Awalnya tak nak makan, pujuk² lah. Taknak ibu suap, jadi makan sendiri. Kakak abang tak puas hatilah si adik makan atas katil.
Laaaaa..... adik kan demam. Ada je nak mengusik.

Tak sangka juga boleh habis.. lega ibu. Jam 9 malam terus tidur. Nampak sangat letih dan tak bermaya.

Ibu berbelah bagi nak cuti sebab ada report nak submit. Mujurlah ayah ada. Rupanya hari ni cuti.

12 comments:

  1. Amboiiii....makan atas katil ye. Mestilah kakak avang jokes heheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adiknya plak lagi kena kacau lagi lah melawan... kadang ibu geli hati, kadang can make blood going up😅

      Delete
  2. Sedapnya bubur nasi. Lama tak buat. Kedai area lipis takde jual yang macam ni. Biasanya yang dah campur sekali tu pun takde banyak bahan takat isi ayam gitu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jual ni pasang meja je Cie. Satu je yang akak jumpa jual bubur gini dan kebetulan sejalan.

      Delete
  3. adik beradik mmng dengki kalau tgok yg lain makan atas katil selalunya mak marah betul kalau makan atas katil ni haha.
    semoga wafi cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantang makan dalam bilik ya 😃
      Samalah macam mak akak.
      Tapi bila sampai akak, bagi exceptional hehe.

      Delete
  4. Makan depan tV, tempat lepak² pun ibu marah...apakan lagi atas katil...hahaha..nie betul² sebab Wafi demam tak larat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau soh ke dapur lagi dia taknak makan... haaaa... makan je atas katil 😀

      Delete
  5. Bila demam nii..bubur nasi laa yang selera nak jamah pun ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CCL.. nak yang simple tapi ada rasa.

      Delete
  6. Exception kalo adik sakit yaaa 😄. Boleh makan atas kasur.

    Semoga sekarang ini wafi dah sehat yaaa ☺️

    ReplyDelete