Pages

Saturday, October 4, 2025

Abang Pula Balik Sarang | Aktiviti Kakak dan Adik

Pagi ni hantar Abang Imi ke Klang Sentral. Nak balik dah ke kampus untuk meneruskan pengajian di Tahun 3. Ibu bekalkan nasi putih, ayam balado, kobis+pakchoy tumis dan tempe goreng.

10.30 pagi keluar sebab nak breakfast dulu kat Mamak HQ.
Ibu ayah pesan tosei garing manakala Bami ambil roti telur dan roti bakar. Kopi o ais, teh tarik dan ais kosong.

Bas sepatutnya jam 11.30 pagi tapi delay sejam. 

Pertama kali bas Darul Iman ke Terengganu delay. Sebelum² ni perfect, on time. Bila tanya kat kaunter bas tak ada masalah dan dalam perjalanan. Lama betul otw nya tu😬

Majoriti yang naik tadi student Unisza. Nanti bas akan ambil penumpang di Shah Alam dan TBS sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu.

Semoga perjalanan berjalan lancar dan semua baik² sahaja.

Si adik sorang ni hari ni outing ke Amanjaya Mall naik bas sekolah dengan Afiqah. Mulanya nak beli baju dinner sebab asalnya baju dinner 6hb baru sampai, tak sempatlah nak pakai sebab dinner 3hb. Sekali... dinner ditangguhkan ke akhir bulan disebabkan ramai pelajar kena Influenza A. Jadi tak perlulah beli baju lagi.

Topupkan RM100 dalam eWallet, macam² lah yang dibeli. Beli Gigi Coffee RM19. Fuhhhh.... ibu pun tak pernah beli kopi mahal gitu. Pagi tadi tengok harga kopi ais RM3.50 kat Mamak HQ pun dah terasa mahal.

Bila fikir balik dari kena bawa Wafi keluar outing... takpe lah... pergilah outing dengan kawan²ðŸ˜†

Si kakak pagi² dah share Strava. Kemahen dah start briskwalk. Haritu dah tengok kawasan sekeliling... bagus untuk beriadah.

Semalam kakak Widad dah share jadual kelas... happy sebab ada masa untuk riadah petang.

Lepas hantar Abang Imi tadi ibu ke Lotus dan AEON Bukit Tinggi pulak.
 

1 comment: