Pages

Wednesday, October 15, 2025

Widad & Intan Jalan-jalan Singapore

Ibu simpan sini gambar-gambar masa Kak Widad dan Intan bercuti ke Singapore pada 19/9/2025.

Singapore je lah yang paling senang sebab ada Cik Fatin di JB. Bolehlah temankan. Kalau tempat lain yang jauh pergi dengan travel agency ibu setuju tapi kalau DIY je kena ada kawan yang lebih mahir atau dah biasa travel DIY.

Dua-dua nak habiskan cuti sama-sama sebelum masuk kampus semula. Intan akan terbang ke Mesir mid Oktober 2025. Kalau ada Ain bolehlah pergi bertiga tapi Ain dah mula kelas di politeknik. Mereka bertiga sepupu perempuan paling dewasa cuma umur tak sama. Intan dan Ain beberapa tahun muda dari Kak Widad.

Naik bas pagi Jumaat dari Klang Sentral. Dalam bas tidak dibenarkan makan, berkali-kali driver pesan. Aishhh... takkan makan sikit pun tak boleh. Padahal masa tu Kawi ada goreng roti sosej. Bolehlah kalau nak makan roti sosej tu sikit. Bukannya nak makan nasi kandar ke nasi beriyani ke. Dah lah kelaparan budak berdua tu. Berhenti kat RnR Ayer Keroh kalau tak silap, beli pau. Mungkin makanan yang dibawa tak berusik.
Kalau ibu perut kosong dalam bas boleh mabuk jadinya.

Trend kot ambil gambar dalam toilet.

Sampai JB Cik Fatin bawa gi makan kat sini.

Dapatlah merehatkan diri kat rumah Cik Fatin malam tu.

Jam 10 pagi Sabtu gerak dari rumah.

Isi perut dulu sebelum masuk boarder. Dari JB ke Singapore naik bas sahaja. Budak berdua ni request nak naik public transport je kat Singapore.

Siap-siap beli tiket MRT.


Destinasi pertama ke Changi Airport sebab nak tengok Jewel Rain Vortex.

Kawi kata ini kat level paling bawah. Rupanya air tu turun kat kaca.. ingatkan bebas gitu hehe.. kalau tak mesti percik kan.. dan adalah yang akan letak tangan ke kaki kat air nanti.

Auto nak ambil gambar di situ.

Makan-makan petang dalam airport.


Gambar kiri tu bas rasanya.




Kak Widad kata puas hati turun naik MRT.. tukar stesen.

Beribu langkah masa kat Singapore.

Coconut shake tersedap katanya.

Masjid Sultan di Jalan Muscat, Kampung Glam.


Bugis Street. Kak Widad tak beli souvenir pun kat Singapore. Jalan-jalan sekitar kawasn ni je. Ada tanya ibu nak kirim ke tidak, takde lah sebab tahun lepas kan ibu dah pergi. 

Makan malam di Lau Pa Sat.
Ahhh... rindu nya tempat ni.

Mereka tunggu Abang Imran di sini. Alhamdulillah Abang Imran telah bekerja sebagai jurutera marin di salah sebuah syarikat berpengkalan di Singapore. Dengan ijazah kelas pertama Kejuruteraan Mekanikal dari UTHM, melayakkan Abang Imran untuk terus menggapai impiannya.

Wajib ambil set sate ini bila makan di Lau Pa Sat.

Dapatlah Intan melepaskan rindu terhadap abang kedua. Baru beberapa bulan Abang Imran kerja di Singapore sebagai Marin Engineer.
Cik Fatin dan anak-anak buah.
Tak jauh pun umur mereka tu.

Kak Widad tunjuk duit-duit terakhir di Singapore.
Berbekalkan RM400 pandai-pandai lah berjimat datang Singapore hehe... 
Tukar ke SGD nangis nengok duit Malaysia.


Lepas makan mereka ke Marina Bay pula.

Tak banyak tempatlah dapat pergi sebab dah penat. Mana taknya... turun naik MRT bagai.
Kalau nak ke Garden By The Bay nak kena naik MRT lain.

Lain kali lah Kawi dan Intan pergi lagi. Boleh ajak Ain sekali.
Boleh ke Universal Studio pulak. Haaa yang tu kena sehari baru puas. Budak-budak muda boleh lah enjoy masuk situ.

2 comments:

  1. Laa dalam bas pun tak boleh makan ek. Jenuh la kalau ada bebudak kelaparan tu.

    ReplyDelete
  2. Dulu masa pergi JB, teringin nak masuk Singapore jugak. Tapi sampai sekarang tak pergi-pergi. 😅

    ReplyDelete