Lepas jumpa toklang lelaki di homestay, ibu cadangkan untuk makan tengahari dulu di medan niaga Tanjung Dawai. Perut pun dah lapar sebab pagi tak breakfast lagi. Last makan masa singgah RnR Sungai Perak.
Masuk restoren yang kat bahagian tepi. Orang pun tak ramai lagi sebab hari Jumaat. Lauk pun banyak sangat. Memang rambang mata dibuatnya.
Bahagian ulam-ulaman dan sambal².
- Nasi putih
- Ikan kembung goreng
- Kerabu kacang botor + taugeh
- Kerabu perut
- Bendi + terung celur
- Sambal tempoyak
Mode : 100% SATISFIED😆😆
Lepas makan naik tingkat atas untuk beli hasil laut. Rasa rugi pulak bila dah sampai Tanjung Dawai tak membeli. Ingat nak cari belacan.
Ambil belacan yang sudah bakar RM7/pc di sebelah kanan tanpa balutan kertas. Yang belum bakar RM5/pc.
Kak Widad beli keropok² dan jajan sate ikan. Banyak lah dia beli. Total semua RM119. Lepas bayar dapat lagi percuma keropok ikan dan bilis.



















Nasi makan nasi berlauk yang panjang tersusun lauk mcm tu.. mmg rambang mata dibuat nya hahahaa.. walau dah ambil lauk pasti rasa tak puas lagi hahahah
ReplyDeleteSeronok shopping segala brg kering belacan, ikan masin gula melak tu bagai... Seronokkkk nya :D
ReplyDeletemak aisshhh rambang mata sungguh tu kak,kalau saya ni ratah lauk je gayanya
ReplyDeleteYa ampun! Banyaknya pilihan lauk. Sedap semuanya. Rambang mata nak pilih.
ReplyDeleteTak cukup tu hasil rampasannya hihihi.
banyaknya telur sotong tu dik, kak ana memang suka sangat lah kalau dapat ke tempat yang menu makanan banyak macam tu pastu shopping pula hasil laut.. lama dah ni tak bercuti-cuti Malaysia haha :)
ReplyDelete