Pages

Friday, October 3, 2025

Habis Dah Jalan² Ganu

Hari Ahad 28/9/2025

Pagi breakfast lagi di Mek Mok Gemok

Ulang lagi Nasi Dagang.

Punyalah banyak makanan, Kak Widad pilih ceker ayam. Sedap katanya.

Tengahari Cik Rasul ajak lunch dulu area KT sebelum hantar kami ke airport.

Berpusing² juga cari parking 2 restoren ni tapi gagal. Orang punyalah ramai sebab masa tu jam 12.30 noon. Ada yang baru turun dari bas. Ni mesti makan dulu sebelum balik ke west coast😅

Lain kali boleh cuba
1. Restoren Singgang Budu
2. Restoren Kolok Street

Akhirnya Cik Rasul berhenti di Gerai Mok Ngoh Selera Kampung. Beratur sekejap je dan meja pun ada kosong.

Ibu kurang lapar sebab dah makan nasi dagang pagi jadi lunch ambil kerisi goreng, air asam dan lemak kobis.

Gambar beramai² ni diambil oleh Mok Ngoh tuan kedai. Cantik dan bergaya orangnya.

Dr Cik Yah yang merupakan Pensyarah Perubatan juga Timbalan Dekan di Fakulti Perubatan Unisza, datang dari ofis. Dah cakap dengan Kawi kalau bosan² ikut je Cik Yah gi ofis. Rupanya ada berita lagi baik.... mereka minta Kawi ambil anak² dari sekolah. Boleh naik sekuter. Sekolah pulak dekat dengan rumah. Aaaa..... suka lah Kawi aktiviti melibatkan budak².

Jam 2 pm sampai dah airport.

Flight Firefly ke KLIA jam 3.10 pm tapi re-time 2 kali ke 3.30 pm dan 3.55 pm.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud ni kecil je. Dari luar nampak bangunannya berunsurkan senibina Melayu.

Tengok sikit bahagian dalam.



Terus masuk je ke balai pelepasan sebab takde nak check in luggage.


Terjumpa JKO kami masa matrik Bro Bobo kat sini. Beliau hantar anak register UITM hari Sabtu. 



Ada ukiran kayu pada bawah bumbung.

Kapal terbang ke KLIA menggunakan Boeing... besarlah sikit compare yang ke Subang. Guna kapal terbang kipas. Pernah naik sekali ke Langkawi dulu. Nak naik ikut tangga kat sebelah belakang.

Kenapa tak naik flight turun di Subang?
Memang lagi dekat dari rumah tapi ayah kata kena tambah lagi RM300, baik duit tu buat makan dan bayar grab. Kalau turun kat Subang pun still kena makan sebelum sampai rumah sebab ibu tak mungkin akan masak🫣

Tinggal bertiga je.

Oren di awan biru.

Complimentary.
Sekali FA bagi lagi 2 peket kacang kayangan. Aarrrr... siapa yang tak suka😁

Flight 1 jam je ke KLIA.
Sampai² early dinner dulu di Food Court KLIA terletak di Level 2.

Lega dah 1 task selesai... Sabtu Abang Imi plak balik kampus. Naik bas je... lelaki kan... lagi mudah. Bami pun lagi suka, boleh tidur je.

Minggu ni dan minggu depan ibu busy sket monthly closing. Bulan 10 ni ada beberapa submission. Seperti biasa... go with the flow🫣
Bak kata collegue ibu... tenang² je huhu

Deepavali nanti Wafi balik... ibu pulak nak bawa nenek berjalan. Tak perasan cuti tu Wafi balik. Ingat Deepavali Kedah tak cuti panjang. Lupa plak yang sekolah biasanya bila festival akan extend cuti. 
 

2 comments:

  1. Lauk pilihan Akk tu la juga pilihan Sy kalau makan di kedai² nasi campur; ikan goreng is a must la
    Suka airport kecik² macam ni, tak complicated dan crowded

    ReplyDelete