Pages

Sunday, October 12, 2025

Mr Crabby Parah | Balik Lewat

Setiap kali Wafi bawa balik haiwan ni ada je lah kecederaan dia.
Ni kalau tak jahit banyak lagi lah span yang akan terkeluar.

Yang ni Wafi jahit sendiri kat asrama.
Ehhhh... pandai pulak jahit 😁

Hantar ke Stesen KTM. Selsema sikit sebab malam tidur berair-cond.
Sama style dengan abang bila selsema, bubuh tisu kat hidung.

Sekejap je balik, patut hari Sabtu balik tapi sebab tiket tak ada balik Ahad, sehari lewat.
Pihak sekolah inform lambat yang minggu tu PB pilihan. Tapi dah kawan-kawan Selangor balik, Wafi pun nak balik juga. Padahal ada je kawan Kedah tak balik. Tiket ETS ni bukan boleh beli on the sport camtu je. Biasa parents beli 2-3 bulan sebelum balik. 

Ni nanti 16hb balik lagi.. yang tu sebab cuti sempena Deepavali.

Dari Stesen KTM ke sekolah ambil Grab. Dah pandai order sekarang. Mujur Grab banyak kat sana dan jarak pun tak jauh. Sebelum-sebelum ni kan ibu book teksi siap-siap. Wafi beritahu lepas ni ambil Grab je.  

Petang Wafi call beritahu menyesal tak bawa bekal. Ye lah.. ibu nak masakkan macam biasa tapi taknak sebab lepas Maghrib ada dinner team kriket. Sampai sekolah pun baru jam 3 pm, kan lambat lagi. Dah tentu-tentu lapar. Ibu cuma belikan waffle je atas permintaannya.
Haaa... lepas ni memang tak boleh excuselah bawa bekal.

1 comment: