Pages

Thursday, December 18, 2025

Ambil Wafi Di Sekolah

Sampai dah sekolah Wafi pagi ni jam 10.45 am. Gerak dari Tapah 6.40 pagi. 

Malam tadi dari rumah 7.30 malam. Singgah Family Mart Eco Grandeur, dinner Oden je. Sampai rumah ummi ada nasi lauk tapi kami taknak makan dah. Kenyang lagi... makan lah durian dan manggis dari dusun mereka.

Pagi tadi singgah RnR Gunung Semanggol, breakfast dan recharge. Nasi lemak RM2 tambah paru dan sambal tauhu.

Sampai sekolah jumpa cikgu kelas dulu, Teacher Devi. Sesi penyerahan result UASA.

Ni dah beg last yang diangkut, rasanya ada 3-4 bag bawa balik. Ada lagi 3 beg simpan dalam store asrama. Tinggal baju² yang akan dipakai lagi nanti.

Ibu packkan hadiah untuk beberapa orang guru berupa tumbler, Coklat Beryls dan Pocket Perfume. Hari guru ritu tak sempat nak kirim hadiah, jadi bagi akhir tahun. Pocket Perfume tu ibu beli banyak, bagi kawan² girls. Senang je nak jumpa mereka sebab asal je parents datang anak² ni mesti serbu.

Terserempak Sir Izady PK sekolah. Insyaallah tahun depan jadi Pengetua SMK Ibrahim. Bersekolah situ dulu kemudian jadi Pengetua. Epik. 

Jumpa Cikgu Nuha kebetulan ada kat kantin.. pass lah sekali hadiah untuk Cikgu Faz. Guru² kaunseling yang banyak memberi semangat buat Wafi dari F1. Insyaallah tahun depan Wafi ada lagi di sini🤭

Setel dah urusan sekolah.

Jom Penang!

10 comments:

  1. Wahhh... wafi dah balik cuti... holiday penang dulu lah ye kak... alang-alang weekend kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wafi cuti dulu sebab dia sekolah awal sehari😅.
      Ha betul.. alang² weekend.. short holiday terus. 3 minggu cuti rasa dok rumah je nanti. Belum ada plan lagi.

      Delete
  2. kejap je masa kan kak..tahun depan wafi dah form 4..rasa macam baru lagi wafi masuk asrama
    anakdara sy baru habis exam harini

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 tahun berlalu huhu... tak sangka juga boleh hadap🥶🥶
      Betul² pulun dak² MRSM ni sampai habis sesi persekolahan ya. Nanti cuti bolehlah rehatkan otak kejap ya Pia.

      Delete
  3. Oh sana dah start cuti esok. Happy holiday kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. Jumaat dah start cuti. 10/1 nanti hantar balik.
      Short vacay je ni Cie, terima kasih🥰

      Delete
  4. Selamat bercuti kak...
    Kejap je anak dah besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cuya🥰
      Short vacay... ibu pun nak rest sekejap😁

      Delete
  5. Seronoknya dah bercuti anak2 sekolah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wafi cuti sekolah takde sapa siang hari... nak kena post ke rumah nenek tak pun panggil cousin datang rumah😁

      Delete