Bila Abang Izzat beritahu akan ke Melaka untuk Kursus Tenaga Pengajar Memandu, cousins yang lain berminatlah nak mengendeng. Boleh jalan² ke Melaka.
Abang Imran turun dari Singapore Jumaat malam. Abang Imi drive ke Melaka hari yang sama, pergi sekali dengan Aqil.
Pakcik makcik cakap masing² dah macam Tomok. Bami pulak instiqomah turunkan berat badan semenjak bulan puasa ritu.
Ibu dah pesan, kat Melaka jaga makannya. Takut cheat day nya terlalu seronok hingga lupa diri.
Hari Sabtu siang mereka berjalan empat orang sebab Abang Izzat ada kelas. Malam lah baru join.Isyraf dan Aqil tunggu result kemasukan ke IPT. Semoga masing ditempatkan ke institusi yang dipohon.
2 malam Bami stay Melaka, Abang Imran book bilikkan bilik untuk mereka bertiga. Abang Izzat dan Isyraf dah seminggu kat sana. Tak tau lah Isyraf buat apa sepanjang Izzat ada kelas. Agaknya habislah setiap inci Bandar Melaka tu dia terokaš




No comments:
Post a Comment