Masa ibu buat entry ni sambil tunggu order kedai makan. Wafi baru sampai Sungai Buloh.
Wafi tunjuk Nasi Goreng Tomyam yang dibeli. ibu baru tau Santan dah masuk ETS bila ada laluan Padang Besar - JB. Sebelum ni hanya untuk perjalanan MySawasdee KL-Hatyai.
Kalau menu Santan yang ibu suka order :
* Pak Nasser’s Nasi Lemak
* Uncle Chin’s Chicken Rice
Anak² Cosvictor bagi kek buat cikgu² dan pentadbir sekolah sempena Hari Guru. Ianya hasil sumbangan parents F4.
Wafi dan kawan² F4 buat persembahan Koir (girls) + Dikir Barat (boys). Tak tau lah cemana gayanya bila koir digabungkan dengan dikir barat. Wafi bagitau cikgu² terharu dan seronok menyaksikan persembahan mereka.
Dah macam budak kolej balik pakai baju kurung gini. Wafi kata tak sempat nak tukar baju batik sekolah sebab pakcik bas dah tunggu untuk bawa ke stesen KTM.
Nampaknya Wafi tak bawa balik Mr Crabby. Bila ditanya ada pada Ika, tak sempat nak ambil.
Wafi akan bercuti 2 minggu sehingga 6/6/2026
Seperti biasa ada pesanan mesra dari pentadbir.








No comments:
Post a Comment