Pages

Saturday, May 9, 2026

Sabtu Yang Sejuk

Hujan seharian sehingga ke malam, sampai pagi ni terasa sejuk. Semalam niat pagi ni nak briskwalk... nampaknya tinggal niat je😂😂. Lebih Subuh lebih seronok ngelekar atas katil. Tapi sekejap je lah sebab mikirkan rumah tak bersapu dah seminggu. Sambil siapkan sarapan, jemur kain, bersihkan diri, jam 9 baru sarapan.

Ibu goreng kentang dan karipap je, bancuh kopi coklat Zus.

Plan nak rehat je hari ni & esok sambil cari drama apa nak tengok.

One the Woman mengisahkan seorang pendakwa raya korup yang hilang ingatan selepas kemalangan. Dia tersalah dianggap sebagai menantu keluarga kaya yang mirip wajahnya. Dalam usaha mencari identiti sebenar, dia membongkar rahsia keluarga, konflik kuasa dan cinta, sambil memaparkan watak wanita berani, lucu serta penuh karisma dalam kehidupan penuh cabaran.
 

1 comment:

  1. Selamat hujung minggu Rawiwa.. Seremban dah start mendung, harap hujan lewat petang nanti.. Best jalan cerita drama One The Woman, sesuai layan hujung minggu..

    ReplyDelete