Pages

Wednesday, May 27, 2026

Aidil Adha Kami

Salam Aidil Adha🥰

7.30 pagi dah sampai masjid.. kebetulan Cik Baya pun sampai.

Wafi je ikut ibu, Bami naik kereta asing sebab nak tengok lembu kat surau lepas solat.

Cik Elis share gambar ni.. Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor bersolat di Masjid Shah Alam juga. Cantiknya Permaisuri.

Kat rumah masak biasa je. Makan lepas solat. Ayam MLCA ibu masak sebelum ke masjid. Balik solat ibu tumis sayur dan goreng keladi. Ketupat palas ibu rebus malam tadi. Potluck bawa rumah nenek.

Kat rumah nenek, adik beradik semua potluck. Jadi meriah lah meja makan. Nenek masak lontong dan sambal tahun. Mostly menu ayam... goreng, rendang, kicap, merah... itu yang ibu buat MLCA. Ada juga rendang daging, paru balado dan udang sambal. Cik Elis buat nasi Khomok.

Nenek cepat je lepas makan terus ke surau. Tu Angah Amsyar bonceng nenek.

Abang Imi dan Abang Aqil tengok lembu korban.

Dina & lembu korban nenek belakang tu.

Lembu no. 6, nenek ambil satu bahagian di surau dan satu bahagian lagi di masjid.
Masjid sembelih lembu hari Sabtu nanti.

Qurban tahun ni ibu ayah buat atas nama Kak Widad. Lembu no. 24. Kali ni under Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Al-Furqan di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Peserta dapat 5 kg daging & 2 kg tulang. Ibu serahkan semua kepada pelajar tahfiz. 
 
Aktiviti hari raya haji gini lah... makan... makan.. makan..
Ni sambil makan kami bincang aktiviti Family Day hari sabtu ni.

Takleh tido pulak.. dok kecoh kumpul duit raya. Adik² ipar lelaki bagi duit raya. Dah beberapa hari mereka kongsi rezeki.




Tekan menda ni nasib² je.
Tekan awal 0.01
Tekan lambat dah habis.
Baca doa makan.
Baca Bismillah.

Alhamdulillah... kumpul² boleh lah beli 2-3 ketoi kopi ZUS😅

No comments:

Post a Comment