Plan nak buat gathering kat rumah nenek patut buat masa cuti sekolah tapi ramai yang unavailable. Ada yang balik kampung.. ada yang kerja. Dah beberapa kali tanya dalam grup masih tiada kata putus.
Semalam pagi Cik Elis tanya jadi ke tidak buat malam. Jadinya.... kita jadi kan je lah.
Cik Ujang, Cik Fatin dan ummi je yang tak dapat balik. Nak tunggu semua memang susah, jadi mana je yang ada. 8/11 boleh balik.
Kita buat potluck je seperti biasa. Terus share dalam grup nak bawa apa.
- Bakso
- Mushroom soup with garlic bread
- Kambing bakar
- Ayam bakar Bakers Cottage
- Makaroni goreng
- Sate ayam dan daging
- Cream puff
- Bomboloni
- Pizza hut
- Buah anggur
- Teh-o panas
Asalnya ibu nak buat mac & cheese tapi tahap kemalasan tu betul² malas.. tu yang buat makaroni goreng versi daging cincang lebih. Seperti biasa anak² buah tercari² baked pasta makngah.. argg.. malas².. makan je apa yang ada😆
Selamat hari lahir Nazirah... semoga sihat² selalu.
Kalau atuk ada lagi ni mesti jadi kawan gaduh atuk.. si Kancil.
Lepas makan geng menantu conquer TV jadi mak² sembang² je... dengar cerita nenek jalan² gi Hatyai, Jogja dan Gombak.Tiba² Gombak masuk dalam list sebab siang tu kawan nenek Cik Salmah bawak nenek ke rumah kakak dia kat Gombak ada makan². Selasa ni Cik Salmah ajak nenek gi Chow Kit pulak. Kemain ehhh.... sampai Chow Kit nak beli buah dan lauk. Cik Biela tak bagi beli banyak²... freezer dah penuh.





Seronok bila dpt kumpul ramai2.. Potluck plak mcm2 menu
ReplyDeleteSpontan yang menjadi.. potluck nya mana yang sempat je.
DeleteSeronok bila dapat kumpul ramai2 camni. Kalau potluck lagi lah banyak makansnnya. Seronok
ReplyDeleteIa kak... lagi macam-macam makanannya.
DeleteTak cukup korum pun meriah ni Kak... Menu pun kemain sedap belaka.
ReplyDeleteSeronok nenek jalan², ronda² sana sini
Menu impromtu je.. mana yang mudah.
DeleteItu pun ada yang kena tapau dan sambung makan esok pagi.
Alhamdulillah..seronok dapat kumpul ramai²...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. saat yang biasanya ditunggu-tunggu.
DeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteJemput makan online wak.
DeleteBleh geng ngan PZ la ni suka penuhkan freezer ye nenek....seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai
ReplyDeleteJenuh nak korek lauk yang kat bawah hehe
DeleteKumpul ramai2, makanan pun meriah tu.
ReplyDeleteSorang bawak satu, tu yang jadi banyak.
DeleteMemang kalau nak jumpa lengkap tuh susah sangat kan 😅. Arrange jauh2 hari pun kadang tak bisa juga.
ReplyDeleteKalau dah bisa jumpa begini, memang bagus potluck saja. Banyak macam nanti makanan .
Mana yang ada sahaja.. kalau nak full memang susah.
DeleteMeriah banyaknya menu.
ReplyDeleteBila potluck jadi lah banyak😅
DeleteMeriahnya dari menu tradisinal sampai ke moden. Semuanya menyelerakan. Rezeki betul apabila bersatu membawa potluck.
ReplyDelete