Pages

Friday, August 28, 2026

Makan Tengahari Di House Of Salai By Naddy, Ipoh

Ahad pagi jam 11.30 pagi kami gerak balik bagi ayah rehat kejap lepas hantar tokwan ambil darah di Hospital Kulim. Keluar dari Highway BKE, Kak Widad dah tanya lunch nak makan kat mana? Dia kalau dah tanya tu memang betul² nak makan. Katanya kalau dapat siput sedut sedaplah.

Kerja² cari tempat makan, memang serah kat ayah. Ayah suggest makan kat Ipoh sebab ETA dalam 1.30 pm. Sedang eloklah nak lunch. Solat dulu kat surau tepi Tol Plaza Ipoh. Dah solat takde  lah terkejar² nanti. 

Kami sampai ke House of Salai by Naddy sebelum jam 2 pm. Tempat makan ini terletak di 20, Jalan Lapangan Terbang, Taman Lapangan Terbang, 31350 Ipoh, Perak

Park di tepi jalan, kena berjalan naik. Ada juga parkir di sebelah kanan restoren. Bahagian kanan jalan ni kawasan tempat makan di luar.

Masa sampai tu tertanya² juga kat mana nak ambil makanan. Lorong ni ke belakang sikit. Ambil troli di tepi. Air kosong disediakan secara percuma.


Orang tak begitu ramai, cepat² ambil gambar.

Ada daging, itik, ayam dan ikan salai.
Siput sedut pun ada.

Lauk bakar².

Bahagian tepi² ni semua dah diisi dalam mangkuk. 
Rambang mata nengok, semua pun nampak sedap.

Paling best stesen ulam² dia. Pelbagai jenis ulam²an.
Teruja bila nampak pucuk betik dan ubi rebus. 

Ini pun ada.
Semua fresh.

Gulai kawah dan asam pedas ikan pari.

Nasi dah bungkus siap² macamni.

Aneka jenis bubur.

Boleh makan di sini juga tapi masa ni ia sudah di reserve.

Hasil dari rambang mata.

Makanan yang kami ambil.
  • MLCA Daging Salai
  • Siput sedut masak lemak
  • Sambal Daun Kayu
  • Asam Pedas Ikan Pari
  • Ayam goreng
  • Ulam²an
  • Sambal Belacan
Masak lemak daging salai terasa salainya. Dagingnya empuk elok dan banyak isi. Mangkuk masak lemak siput sedut penuh isi. Siputnya besar². Kuah masak lemak ibu ingatkan takde cili sebab terasa lemaknya. Tokey kata ada bubuh cili tapi pedas manja². Yang pedas menyengat sambal belacan yang ibu tambah sikit sambal tempoyak. Ada pelbagai jenis sambal disediakan rasa macam 8-10 jenis.

Harga makanan kami.

Peminat siput sedut... tak hagak² dia menyedut.
Ni kalau ada bakal mak mertua lalu mesti tak jadi masuk merisik😆

Rasanya ibu makan 6 biji? je siput sedut tu, yang lain Kawi makan. Semua siput tu pulak senang disedut. Ibu nak ambil lagi kesian pulak kat Kawi, berselera betul dia.

Tokey turun padang jumpa pelanggan minta review. Bagilah review jujur.
Pada ibu menu yang kami ambil kena dengan tekak kami. Layanan staff pun baik² semua.

Makan kat bilik berhawa dingin ni kena caj RM10 cuma tempat tak ada lah besar mana. Macam ada 10 buah meja dan setiap meja ada 4 buah kerusi.

Depan bilik berpenghawa dingin ada tempat makan terbuka.

Ayah bersama pemilik House of Salai By Naddy.

Sebelum balik Kawi beli popcorn.. masa sampai² tu dia ada terbau karamel tapi tak tau apa. Ibu dah perasan ada orang bawa bungkusan popcorn keluar dari tempat makan.

Sedap popcorn ni... kudap²an buat Kawi masa drive.

Alhamdulillah.. dia drive dari Kulim sampai rumah. Ayah nak tukar dia taknak. Pemanduan pun bertambah baik. Nampak konfiden. Bolehlah ibu lena kat sebelah.

No comments:

Post a Comment