Kami sampai di Kuantan jam 6 petang, perjalanan pun santai² je dari Kuala Terengganu.
Ayah sudah book Kosma Business Hotel dengan harga RM127 termasuk sarapan. Hotel ni betul² berhadapan dengan Kuantan City Mall.
Comforter dari kereta Kawi bawa naik... ayah dan Kawi tidur tepi katil bawah kiri kanan... maka, ibu sorang lah conquer katil😆
Ibu makan keropok lekor yang dapat secara percuma sebungkus ketika beli banyak keropok kering di Gerai 008. Banyak keropok lekor tu jadi ibu tapau bawa balik. Sampai rumah goreng semula, still masih lembut.
Plan nak jalan² malam di bandar Kuantan pun terpaksa ditangguhkan sebab masing² malas nak keluar. Kiranya datang Kuantan untuk tidur sahaja😅. Padahal dah ada dalam itinerary nak makan kat Ms Elliot yang ibu baca di blog SA dan Mulan. Pastu nak ngopi².. hurmm... gaya je lebih tak padan badan dah bagi signal soh rehat je😁😂
Sarapan yang hotel sediakan.
Sedap betul nasi lemak tu. Buka² tudung termos nasi terhidu bau nasi lemak yang wangi. Nasinya pun cantik berkilat.
Sambalnya sedap. Ibu ayah je turun sebab Kak Widad malas nak makan pagi². Kalau tambah breakfast berharga RM14.
Entah ngapa teringin pulak makan cereal+susu.
Bubur dan mee goreng tak teringin pulak nak makan.
Jam 9 pagi kami check-out hotel dan terus balik ke Klang. Otw nak keluar Kuantan tu sempatlah menghantar mesej kepada Kakak Kawasan 😆 Afzan. Tak sempat nak mengopi. Lainkali lah datang Kuantan kita cari Afzan & Mulan juga☺️
Separuh seat belakang penuh dengan barang. Keropok kering beli 12 pack yang 500g. Tu nak bagi adik beradik.
Dari Kuantan Kak Widad juga yang drive. Dia bagi ayah rehat kat belakang. Masalahnya ibu yang takleh rehat.. takleh tidur. Kaki auto nak tekan brek je😬😬😬.
Ibu lebih suka ayah yang drive... boleh tido🤭🤭






sebab tu SA kalau "BALIK" Kuantan, SA akan stay 3 hari 2 malam..hahaha..malam pertama relax..malam kedua baru explore...x puas..hehehehe
ReplyDeleteMurah je add on breakfast situ. Boleh la nanti try stay hotel tu kalau ke Kuantan.
ReplyDelete