Pages

Wednesday, August 31, 2022

Cerita di Hari Kemerdekaan

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 65.
Semoga negara kita Malaysia terus aman dan makmur.

Tahun ini kita tonton sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan di bilik hotel je. Tak dapat lah ke Dataran Shah Alam yang diadakan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri. Last kita pergi 2019. Kemudian pendamik pula selama 2 tahun.

Stay semalaman di Hotel Grand Court Sungai Besar sebab pagi ni kita nak fetch Kakak Widad. Lepas ibu balik kerja terus shoot ke Sungai Besar. 

Last day here setelah hampir 2 tahun di sini.

Kakak back for good.
Semalam present Final Year Project (FYP).

Result presentation FYP.
Tempat ke-4 dari 15 pasukan.
Tahniah Kawi dan teamate💓

Habis dah kakak Sem 5, bulan 10 start semester 6 dan kakak akan mengikuti Latihan Industri selama 6 bulan pula.

Semoga terus cemerlang!

Tuesday, August 30, 2022

Bulan Kemerdekaan

Bendera Malaysia sudah siap tergantung hasil kerja Abang Imi dan Abang Imran hari Ahad lepas.
Semalam balik dari ofis nak ambil gambar hujan pula. 
Pagi ni lah ambil gambar masa keluar hantar Wafi walau masih samar-samar dan cuaca agak sejuk. 
Semalaman hujan.

Outfit di bulan kemerdekaan😎


Wafi pun pakai camni untuk perbarisan sekolah agama. Kelas 6 Firdaus dapat tempat pertama. Tahniah Wafi dan kawan-kawan.


 

Sunday, August 28, 2022

Pool BTSH

Pagi ni Abanh Imi dan Abang Imran mandi kolam berdua. Wafi taknak join lagipun tak bawa swimming suit.

Ayah turun ambil gambar je.






Luas pool kat sini.

Hotel dari pool view.

Ada latihan pertunjukan udara sempena sambutan kemerdekaan hari Rabu nanti.





Nice view.

Abang-abang enjoy betul mandi.

 

Breakfast di BTSH

Breakfast for 2 je kan jadi ibu dan ayah je lah turun. Wafi dan abang-abang masih diulit mimpi selepas solat Subuh.

Nampak spacious.


Ada roti canai lah.


Salad counter.


Counter top.


Segala jenis roti dan croissant.


Juices dan minuman panas.


Croissant tu sedap.


Mulakan dengan makanan lembut dulu😅

Masa ni ramai anak-anak Arab macam dari Kelab Pengakap.


Omelete.


Roti canai.


Pulut kuning + rendang kambing. Juga nasi lemak.


Salad.


Sedap teh tarik ni.


Half boiled egg.

Buah-buahan tak ambil.

2 jam lebih duduk sini sambil sembang dengan family Uncle Bad.

Pilihan kat restoren ni tak banyak compared to Magestic Hotel dengan harga yang ditawarkan. Lepastu restoran ni lebih kepada vegetarian.
 

Saturday, August 27, 2022

Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang

Inilah tujuan kita datang ke Berjaya Times Square Hotel, KL iaitu Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang. 

Since Uncle Bad terlibat secara tidak langsung, kita support lah.

Hamboiii ayah... persalinan khas malam ni. Ibu pakai je lah baju yang ada. Memang tak sempat nak cari baju lain.

Konsert diadakan di Manhattan Ballroom.

Pengarah Muzik malam.ni, Dato Ramli MS.
Laahaaiiii.... tinggi betullah Dato ni.


Suasana malam ni.
Penonton dari pelbagai peringkat usia ada.

Ayah beli tiket gold untuk 2 orang tapi upgraded ke meja VIP. Rezeki Wafi pulak malam ni bila Uncle Bad cakap ada sorang tak dapat join. Free je lah instead kena bayar RM1,450.00.

Tengahari baru ayah cakap Wafi boleh join. Kalau tak.. duduk dalam bilik je dengan abang.

Konsep malam ni berupa Concert and Exclusive Dinner.

Makanan malam ni.
Semua sedap. Bila lid buffet tu dibuka, dah terbau kesedapannya.
Oh ya.... masa food testing haritu Uncle Bad ajak ayah join sekali jadi ibu dah taulah makanan yang akan dihidangkan.

Appertizer tak sempat ambil pic berupa Szechuan Soup with Chicken  Schredded.

Uihhh.. penuh pinggan.

Bunda Hetty yang penuh bertenaga.
Music arrangement pun best.
Sound system power!

Sambil makan tengok Bunda nyanyi😊

Dessert.

Ehhhh..... ada Bos Susu😃

15 lagu-lagu yang dinyanyikan seperti Kasih, Kuda Hitam dan lagu hit Berdiri Bulu Romaku. Yang lain ibu pun tak pasti judul lagu.


Since Wafi pun tak biasa dengan genre lagu HKE, dia dok main game dalam hp. Tak ada pun nak merungut naik bilik. 



We had fun tonight!


Selepas konsert, pemegang tiket VVIP ada sesi meet and greet pula.

Sebelah Uncle Bad tu penyanyi dari Sarawak yang membuka tirai sebelum Bunda Hetty naik ke pentas.

Happynya Wafi.

Sebelah Uncle Bad tu pun senior dan junior UUM. 

Last pic ayah.

Lepas bergambar semua ayah hantar kita balik bilik. Kemudian turun semula untuk ngeteh dengan kawan-kawan lain.

Ok.. selesai aktiviti malam ni.
Aduhh.. esok cuma ada sehari lagi cuti.
I need more!!!