Hari ni lunch kita food hunting di Restoren Taste Of Pakistan setelah diperkenalkan oleh sahabat FB. Berdepan sahaja dengan Restoren Kambing Bakar Kontena di Setia Taipan. Kita keluar pun dalam 2.30 pm sebab pagi dah makan agak berat, megi goreng dan popiah otak-otak.
Pelayan pun nampak handsome belaka ahahahha.. tiber...
Since kami sampai pun dah melewati waktu lunch, crowd tak adalah ramai sangat. Jadi serving pun cepat. Pilihan menu pun banyak. Masing-masing buat pilihan jadi semua boleh rasa.
Abang Imi lapar kot sampai 2 naan dipesannya.
Makanan dan minuman semua sedap.
Alhamdulillah.
Air kosong free ya.
Since makanan ada lebih kita tapau bawa balik. Sambung makan untuk dinner.
Banyak pilihan makanan. Sedap-sedap pula. Ada cadangan nak datang lagi tak?
ReplyDeleteAlhamdulillah menepati citarasa. Insyaallah akan repeat.. nak bawa mak dan Widad pula lepas ni.
Delete