Pages

Saturday, August 27, 2022

Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang

Inilah tujuan kita datang ke Berjaya Times Square Hotel, KL iaitu Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang. 

Since Uncle Bad terlibat secara tidak langsung, kita support lah.

Hamboiii ayah... persalinan khas malam ni. Ibu pakai je lah baju yang ada. Memang tak sempat nak cari baju lain.

Konsert diadakan di Manhattan Ballroom.

Pengarah Muzik malam.ni, Dato Ramli MS.
Laahaaiiii.... tinggi betullah Dato ni.


Suasana malam ni.
Penonton dari pelbagai peringkat usia ada.

Ayah beli tiket gold untuk 2 orang tapi upgraded ke meja VIP. Rezeki Wafi pulak malam ni bila Uncle Bad cakap ada sorang tak dapat join. Free je lah instead kena bayar RM1,450.00.

Tengahari baru ayah cakap Wafi boleh join. Kalau tak.. duduk dalam bilik je dengan abang.

Konsep malam ni berupa Concert and Exclusive Dinner.

Makanan malam ni.
Semua sedap. Bila lid buffet tu dibuka, dah terbau kesedapannya.
Oh ya.... masa food testing haritu Uncle Bad ajak ayah join sekali jadi ibu dah taulah makanan yang akan dihidangkan.

Appertizer tak sempat ambil pic berupa Szechuan Soup with Chicken  Schredded.

Uihhh.. penuh pinggan.

Bunda Hetty yang penuh bertenaga.
Music arrangement pun best.
Sound system power!

Sambil makan tengok Bunda nyanyi😊

Dessert.

Ehhhh..... ada Bos Susu😃

15 lagu-lagu yang dinyanyikan seperti Kasih, Kuda Hitam dan lagu hit Berdiri Bulu Romaku. Yang lain ibu pun tak pasti judul lagu.


Since Wafi pun tak biasa dengan genre lagu HKE, dia dok main game dalam hp. Tak ada pun nak merungut naik bilik. 



We had fun tonight!


Selepas konsert, pemegang tiket VVIP ada sesi meet and greet pula.

Sebelah Uncle Bad tu penyanyi dari Sarawak yang membuka tirai sebelum Bunda Hetty naik ke pentas.

Happynya Wafi.

Sebelah Uncle Bad tu pun senior dan junior UUM. 

Last pic ayah.

Lepas bergambar semua ayah hantar kita balik bilik. Kemudian turun semula untuk ngeteh dengan kawan-kawan lain.

Ok.. selesai aktiviti malam ni.
Aduhh.. esok cuma ada sehari lagi cuti.
I need more!!!

No comments:

Post a Comment